Jejaka Berusia 70 Tahun Cuba Pikat Sarimah Ibrahim?

Jejaka Berusia 70 Tahun Cuba Pikat Sarimah Ibrahim?

Jejaka Berusia 70 Tahun Cuba Pikat Sarimah Ibrahim?

Sarimah Ibrahim akui sudah mula rasa tertekan untuk mencari pasangan kekasih pilihan hati.

Semuanya kerana hubungan cintanya bersama jejaka Mat Salleh berbangsa Perancis tidak lama dulu telah terkandas di tengah jalan.

Namun begitu, aktres yang berasal Batu Pahat, Johor itu telah menanam harapan menggunung tinggi untuk memiliki teman lelaki tidak lama lagi.

Untuk itu stesen radio MIX FM telah menganjurkan kempen Desperately Seeking Sarimah (#DSS) bagi membolehkan dia memilih jejaka yang benar-benar menambat hati dan perasaannya.

Nampaknya ramai betul lelaki yang cuba mengambil bahagian dan khabarnya ada di antara mereka berusia 70 tahun turut cuba menggoda wanita berdarah campuran itu.

Namun begitu semuanya terletak di tangan Sarimah Ibrahim sendiri, meskipun kini dia telah menerima lamaran daripada 30 jejaka.

Kempen yang baru saja diperkenalkan baru-baru ini, membolehkan Sarimah Ibrahim memilih beberapa jejaka untuk di senarai akhir sebelum memasuki peringkat seterusnya.

Sarimah Ibrahim ketika dihubungi berkata, senarai 5 teratas akan diumumkan pada Isnin ini dan pemenang akan berpeluang untuk menikmati makan malam penuh romantis bersamanya selepas kempen itu tamat pada pertengahan Mac depan.

Jadi siapakah yang berjaya menambat hati Sarimah Ibrahim? Untuk keterangan lanjut sila layari laman Facebook mixdotfm.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers