Isu Tidak Hormat Golongan Pendidik, Qi Razali Tak Mahu Komen
Pengacara Qi Razali tidak mahu mengulas lanjut mengenai dakwaan seorang peminat drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta bahawa kononnya dia tidak menghormati golongan pendidik yang mana ia turut mengaitkan nama E-man Sufi sebagai novelis drama berkenaan serta kerjaya beliau sebagai seorang guru.
Malah, Qi Razali berkata, dia tidak berniat mahu memanjangkan isu tersebut.
"Saya sayang cikgu. Maaf, saya tak mahu mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana tidak berniat untuk memanjangkan isu ini," jawabnya ringkas kepada murai.com.my menerusi aplikasi talian Whatssapp.
Terdahulu portal murai.com.my telah mendedahkan emel yang dikirimkan oleh seorang peminat E-man Sufi dan juga drama berkenaan yang merasakan teman lelaki kepada aktres Nelydia Senrose itu telah memerli penulis novel berkenaan melalui laman twitternya serta memalukan pekerjaan E-man Sufi sebagai seorang guru.
Malah dia didakwa tidak menghormati malah mencerca pekerjaan seorang guru hanya kerana sikap barannya yang tidak bertempat.
Semuanya bermula dengan salah faham Nelydia Senrose terhadap komen-komen peminat E-man Sufi yang dimuatnaik di dalam Instagram novelis berkenaan yang mana ianya adalah komen-komen biasa sebagai peminat terhadap drama tersebut.
Setelah seminggu status tersebut dimuatnaik, Nelydia Senrose secara tiba-tiba memberi komen dan memerli peminat-peminat drama tersebut dengan memberi komen dan mempersoalkan apa hak peminat tersebut untuk mengkritiknya dan dia katanya tidak sangka komen tersebut datangnya daripada golongan yang ‘berpendidikan tinggi’ seperti guru.
Keadaan bertambah buruk apabila kekasih Nelydia, Qi Razali turut menaikkan pula status yang memerli kerjaya seorang guru.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.