Demam Tak Halang Siti Saleha Sertai Sesi Fotografi Di Chiang Mai

Demam Tak Halang Siti Saleha Sertai Sesi Fotografi Di Chiang Mai

Demam Tak Halang Siti Saleha Sertai Sesi Fotografi Di Chiang Mai

Walaupun diserang deman, namum itu tidak menghalang pelakon cantik, Siti Saleha untuk menyertai sesi fotografi anjuran AirAsia di Chiang Mai.

Baru tiba dengan pesawat AirAsia sekitar jam 8pagi tadi, Siti Saleha hadir dengan senyuman menguntum bersama penampilan serba kasual dalam persalinan peplum biru putih.

Bercakap kepada portal murai.com.my dia agak terkilan dengan keadaan kesihatannya, bagaimanapun tidak bermakna dia perlu membatalkan sesi fotografi eksklusif berkenaan.

"Memang selalu saya jatuh sakit atau demam apabila perlu berkunjung ke luar negara.

"Tapi alhamdulillah sekarang keadaan saya agak sihat selepas bertemu dengan doktor semalam dan mendapatkan rawatan sepatutnya," katanya.

Penampilan Siti Saleha telah diserikan dengan solekan menawan daripada sentuhan jurusolek berpengalaman Zul Fazli.

Siti Saleha tiba bersama pembantu peribadinya dan terus di bawa ke ladang kambing biri-biri Hugyou Lampang di sini.

Beberapa wakil media turut diundang bagi menjayakan sesi fotografi ini dan dia akan pulang ke tanah air pada awal pagi Ahad depan.

Kata Siti Saleha, dia belum pernah ke Chiang Mai sebelum ini bagaimanapun gembira apabila diundang oleh pihak AirAsia.

"Lebih sebulan lalu pihak AirAsia telah mempelawa saya untuk berkunjung ke Chiang Mai dan menjayakan sesi fotografi ini.

"Sudah banyak kali pihak AirAsia menjemput saya, tetapi kerana kesibukan kerja baru sekarang saya dapat datang ke sini,"katanya.

Selain kandang biri-biri, Siti Saleha akan terlibat dengan beberapa aktiviti berkaitan industri pelancongan di bandar kedua terbesar di Thailand ini.

iskandarX: Ala sian sian nyerr demam errkk?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers