Nurliyana: Hanez Suraya Yang Perlu Minta Maaf Pada Saya!
Isteri kepada Romie Razin Adilha, Nurliyana Abdul Manan mempersoalkan tindakan pelakon Hanez Suraya yang meminta dia membuat permohonan maaf kepada aktres tersebut atas tuduhan menjejaskan maruah dirinya apabila digelar perampas suami orang.
Menerusi kenyataan yang dibuat terhadap Berita Harian hari ini, Nurliyana berkata, kenapa pula dia yang perlu meminta maaf, padahal Hanez Suraya yang sepatutnya berbuat demikian.
"Kalau ikutkan kenyataannya sebelum ini, semuanya seolah-olah mencabar dan menaikkan kemarahan saya, suruh serang, tunjuk bukti, dakwa bekas isteri buat fitnah dan macam-macam lagi.
"Saya marah kerana dia muat naik gambarnya bersama anak-anak saya. Saya masih isteri Romie, belum becerai lagi. Itu hakikatnya.
"Apabila saya bersuara dan tampilkan bukti, saya pula dipersalahkan. Saya tidak kisah jika Hanez dan suami nak berkahwin, tapi biarlah kes perceraian kami selesai dulu," katanya.
kalau bini dia kurus. comel jer.. hanez harapkn makeup je pun
ReplyDeletesiapa yang salah siapa yang betul Allah jer yang tau...
ReplyDelete