Penalti 20 Saat Penyebab Norman Dan Zarina Tersingkir Dari Ffm 2
Norman Hakim dan Zarina dalam Fear Factor Malaysia 2 (FFM2) pada minggu ketiga apabila mereka telah diumumkan sebagai pasukan kedua tersingkir bagi kumpulan A.
Pasangan tersebut telah melakukan cabaran ketiga iaitu ‘Rumah Terbakar’ dengan mencatatkan masa terpantas 1 minit 47 saat.
Tuah tidak menyebelahi apabila mereka kemudiannya dikenakan penalti 20 saat kerana tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
Dalam cabaran tersebut mereka dikehendaki menggunakan alat yang diberi iaitu pemadam api dan kapak namun bagi pasangan ini, hanya Norman sahaja yang melakukan tugasan tersebut manakala Zarina tidak.
Menurut Norman, dia tidak memikirkan sebarang kemungkinan kerana terlalu fokus untuk mendapatkan masa terpantas.
“Masa mula-mula nak buat cabaran itu, saya punya ‘main concern’ yang kami bincang ialah jangan cicirkan kunci, itu sahaja.
“Sebab saya terlalu fokus untuk kejar masa itu yang buat saya terlupa mengenai syarat-syarat yang ditetapkan,” katanya.
Tambah pelakon itu lagi, dia sedikit terkilan kerana hasrat untuk memenangi hadiah bernilai RM10,000 tidak tercapai.
“Yang buat kami rasa misi tak sempurna ialah kami belum menang hadiah yang bernilai RM10,000 itu.
“Sebab kalau diikutkan, sejak minggu pertama kami bermula, kami dah menang imuniti jadi saya harap dapat pergi ke peringkat yang lebih baik…Tapi tak mengapalah, kami pun dah buat yang terbaik,” ujarnya.
Selain Norman dan Zarina, tiga lagi pasangan yang turut berada pada peringkat penyingkiran adalah Dira dan Azura, Erin Malik dan Redha, serta Syed Ali dan Tatt.
Minggu ketiga ini telah menyaksikan pasukan Ryzal Jaafar dan Samsuri telah 'merampas' RM10,000 dalam cabaran ‘Secukup Rasa’.
Bagaimana pula dengan minggu hadapan? Adakah mereka mampu mengekalkan kemenangan tersebut?
Siapa pula mangsa penyingkiran seterusnya?
Sama-sama kita nantikan.
Fear Factor Malaysia bersiaran secara eksklusif pada setiap Ahad, jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran104) serta siaran serentak di Astro Maya HD (saluran 135). Program ini juga boleh ditonton menerusi perkhidmatan aplikasi Astro-On-The-Go.
tak ada rezeki mereka...
ReplyDelete