Noniswara nekad mula hidup baru

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Noniswara, nekad, mula, hidup, baru
Noniswara

SETELAH tiga kali kes ditangguh, dramatis Noniswara Baharuddin, 44, akhirnya sah bercerai menerusi lafaz taklik dengan Datuk Rosman Ridzwan, 56, di Mahkamah Rendah Syariah, Jalan Duta pada jam 10 pagi semalam.

Menurut Noniswara, biarpun sedih dan sebak dengan penceraian itu, namun dalam masa yang sama dia berasa lega kerana segalanya telah selesai dan tidak perlu lagi turun naik mahkamah bagi menguruskan hal penceraiannya itu.

“Setelah hampir setahun hidup sendiri, saya reda dengan penceraian ini dan saya terpaksa memilih untuk bercerai kerana sudah tiada jalan pendamaian lagi antara kami.

“Bila dah selesai, saya rasa lega sangat, namun dalam masa yang sama tetap merasa sebak dan sedih dengan pengakhiran perkahwinan kami,” ujarnya kepada Zass.

Noniswara berkata, dia kini boleh memulakan hidup baru bersama anak-anak dan tidak mahu memikirkan soal pengganti buat masa ini.

“Sebelum ini pun memang saya sudah tinggal sendiri. Sekarang ini saya cuma ingin mencari damai dan bebas tanpa ikatan

“Saya mahu hidup berdikari selain memberi keutamaan kepada anak-anak dan kerjaya seninya. Hal-hal lain saya tak mahu lagi fikirkan,” katanya.

Lafaz taklik yang dilakukan di hadapan Hakim Syarie Umamuddin Yunus berserta Noniswara dan juga peguamnya, Datuk Amly Embong tanpa wakil dari pihak lelaki telah diminta untuk membayar RM10.

Permohonan cerai taklik itu difailkan pada 9 Mei lalu mengikut Seksyen 50 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tindakan Noniswara memohonkan penceraian adalah kerana suaminya meninggalkan rumah kelamin sejak 5 September 2012 selain tidak memberi nafkah adalah selari dengan lafaz taklik yang dibacakan defendan pada hari pernikahan mereka pada 31 Julai 2009.

Pelakon berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini mempunyai tiga anak hasil perkahwinan pertamanya sementara Rosman pula yang sebelum itu berstatus duda memiliki lima anak daripada perkahwinan terdahulu.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers