Eira Syazira curi masa demi buah hati

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Eira Syazira, curi, masa, demi, buah, hati


KEHADIRAN cahaya mata dalam rumah tangga memberi momen indah.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Eira Syazira, curi, masa, demi, buah, hati
Eira Syazira bersama anaknya Amarra Sofea Rose


Malah, tahun ini juga merupakan tahun pertama pelakon popular, Eira Syazira dan suaminya, Azad Jazmin menyambut kedatangan Ramadan dan Syawal bersama puteri kesayangan mereka, Amarra Sofea Rose, 6 bulan.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Eira Syazira, curi, masa, demi, buah, hati
Eira Syazira dan suaminya, Azad Jazmin


Walaupun ramai beranggapan kehadiran si kecil mungkin merumitkan masa untuk berbuka dan bersahur, namun bagi Eira, 29, Ramadan yang ditunggu tetap berjalan lancar.

"Saya bersyukur kerana dikurniakan anak yang baik seperti Amarra. Dia memang tak banyak karenah bila perut dia kenyang.

"Sejak lahir lagi, saya dah praktik Amarra untuk minum susu setiap empat jam. Jadi, kami akan bersiap sedia untuk menyediakan susu setiap waktu itu. Jadi, waktu bersahur kami tidak terganggu.

"Di usia ini, saya sudah biasakan Amarra untuk menerima makanan lain seperti bubur nasi, kentang lenyek dan sayur-sayuran. Alhamdulillah, saya puas hati dengan perkembangan tumbesarannya.

"Sejak saya mula bekerja, saya biasakan Amarra untuk menerima susu formula dan sekarang saya dah tidak menyusu badan lagi," katanya.

Udang goreng kunyit Azad

Sepanjang Ramadan ini, baik Eira mahupun Azad, mereka masing-masing sibuk dengan penggambaran.

Namun, tidak bermakna Eira boleh lepas tangan dalam menyediakan hidangan untuk suami tersayang.

Menurut Eira, Azad tidak cerewet dalam memilih makanan, malah waktu bersahur sangat penting untuknya dalam menahan seharian berpuasa.

"Waktu berbuka, kami akan berbuka di luar. Kalau ada masa, barulah saya masak. Namun, Azad memang tak suka makanan yang dibeli. Bulan puasa ni, dia lebih gemar makan masakan udang goreng kunyit dan telur dadar.

"Malah, kalau saya buat menu itu, dia akan dua tiga kali tambah walaupun ketika bersahur. Azad lebih pentingkan nasi daripada kuih muih kerana dia bukan penggemar kuih. Kalau makan pun, dia suka seri muka je.

"Saya pula, memang tak makan waktu sahur. Jadi, saya hanya masak untuk Azad sahaja. Dia tak suka makan makanan yang dipanaskan semula, jadi saya akan bangun masak.

"Kalau saya bekerja, saya akan masak awal-awal. Namun, ada ketika, ibu mertua saya akan datang tolong masak," katanya yang kini masih menjalani penggambaran drama slot Samarinda, Ramadan Yang Hilang.

Jelas Eira, walau sesibuk mana pun, dia tetap utamakan anaknya dan lebih selesa membiarkan suami menguruskan anak ketika dia keluar bekerja.

"Kami memang susah nak tinggal anak kat orang. Kami akan bergilir-gilir jaga. Kalau Azad kerja, saya akan jaga dan begitulah sebaliknya.

"Kadang-kadang, kalau jadual kami bertembung, saya akan bawa Amarra ke lokasi. Namun, saya akan pastikan lokasi itu sesuai dengan Amarra dan pembantu saya akan jagakannya ketika saya kerja.

"Namun, saya akan sentiasa pastikan kehadiran anak saya tidak mengganggu penggambaran saya. Selain itu, saya juga kena pastikan tanggungjawab saya sebagai isteri dan ibu bukanlah alasan untuk saya tidak berdisiplin
dalam bekerja," katanya yang pernah dikritik tidak berdisiplin sejak akhir-akhir ini.

Beraya di Penang

Hampir dua bulan pemergian arwah ibu tercinta, Che Ruhani Che Hassan, akibat barah payudara sejak tiga tahun lalu, Eira tetap akur ketentuan Ilahi.

Walaupun rindu pada arwah tetap menebal, namun Eira akui bukan mudah untuk melalui perjalanan hidup tanpa ibu di sisi.

Malah, kehadiran Aidilfitri yang bakal disambut kurang sebulan lagi itu mungkin meninggalkan kesan mendalam buat Eira.

"Sejak dua tahun lalu, ibu saya mula menderita sakit. Selama itulah, saya akan berada bersamanya dan Azad banyak berkorban dari segi pembahagian masa.

"Azad memahami keadaan saya dan tidak mempunyai masalah untuk beraya bersama keluarga saya. Kami juga beraya di rumah saya dua tahun berturut-turut.

"Bila ibu dah tiada, giliran kami beraya di kampung halaman Azad pula. Tahun ini merupakan tahun pertama saya dan Amarra beraya di Pulau Pinang," katanya yang bakal muncul dalam beberapa telemovie sempena Aidilfitri ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers