Opick: 'Minta izin dulu!'

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Opick 'Minta izin dulu!'
Opick - Foto Sinar Harian oleh FARID MAD NOH

KELUNAKAN suaranya dalam menyampaikan lagu-lagu ketuhanan tidak dinafikan, malah kehadiran penyanyi dari Indonesia ini diakui semakin mendapat tempat di hati masyarakat di Malaysia.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Opick 'Minta izin dulu!'
Opick - Foto Sinar Harian oleh FARID MAD NOH
Selain mendapat sambutan menggalakkan, lagu-lagunya juga sering menjadi pilihan sebagai tema sesebuah filem mahupun drama tempatan.

Sedar kebanyakan lagunya sering menjadi pilihan pengarah dan penerbit di negara sendiri mahupun di sini, Opick berharap pihak yang bertanggungjawab meminta keizinannya terlebih dahulu.

"Sebagai pencipta lagu, saya harap mereka minta izin dari saya terlebih dahulu. Setakat ini masih belum ada sesiapa yang berbuat sedemikian. Tapi mungkin sudah ada yang minta kebenaran namun ianya tidak sampai pada saya.

"Selagi ia belum menimbulkan sebarang kesalahan, itu tidak menjadi masalah buat saya setakat ini," katanya.

Kembali dengan Ya Maulana

Selepas setahun melancarkan album kelapan, Salam Ya Rosulullah, kini Opick atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lik Firdaus, 39, kembali dengan album terbaru berjudul Ya Maulana.

Menurut Opick atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lik Firdaus, 39, dia gembira lagu-lagu keagamaan ciptaannya diterima sepenuhnya peminat muzik di sini.

"Saya gembira dan bersyukur dengan sambutan lagu-lagu saya di sini. Sudah tentu ia amat bermakna buat saya.

"Saya anggap perkara ini sebagai satu bonus buat saya kerana memberi inspirasi kepada orang lain dalam memuji keagungan ALLAH," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran album Ya Maulana, baru-baru ini.

Selain itu, Opick memberitahu, walaupun masalah cetak rompak di kedua-dua negara kini semakin berleluasa, namun itu bukan penghalang buat dirinya untuk terus berkarya.

"Setiap tahun saya akan tampil dengan sebuah album. Masalah cetak rompak tidak menghalang saya untuk hasilkan sepuluh hingga 12 lagu untuk album akan datang," ujarnya.

Album edaran Inteam Record ini mengandungi 10 lagu antaranya Ya Maulana, Ku Tak Pernah Layak, Berapa Jarak, Ajari aku, Ya Robbana, Tenang, Tanpa Dirimu, Terima Kasih Ayah dan sebagainya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers