Shukri Yahaya bukti kemampuan

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Shukri Yahaya, bukti, kemampuan


BAKAT pelakon kacak, Shukri Yahaya mula menjadi perhatian dalam drama Ruby di samping pelakon, Sharnaaz Ahmad dan Siti Saleha.

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Shukri Yahaya, bukti, kemampuan
Shukri Yahya - Foto Ihsan Facebook Shukri Yahya


Memegang watak sebagai Danny, Shukri bijak melakonkan watak diberi dengan berkesan.

Sejak itu, Shukri mula menghiasi drama-drama tempatan dan setelah hampir dua tahun dalam industri, akhirnya pelakon yang berasal Cheras ini ditawarkan memegang watak utama untuk drama bersiri, Sahabat.

Shukri memegang watak sebagai Bakri, seorang anak pemuzik yang mempunyai minat mendalam terhadap bidang itu namun dilarang ayahnya kerana bimbang Bakri bakal meninggalkan keluarga sama seperti ayahnya dulu.

Shukri bergandingan dengan Liyana Jasmay, Syarif Sleeq, Izzue Islam, Aedy Ashraff, Sarah Hairi dan Iezah Diyana,

“Saya selalu dapat watak-watak antagonis dan cinta dewasa tapi kali ini, ia lebih kepada persahabatan dan cinta remaja.

“Saya masih baru berbanding pelakon lain dan awalnya, saya merasa ada jarak dengan mereka tapi dalam seminggu ia dapat diatasi malah pelakon lain banyak membantu saya,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di lokasi penggambaran Sahabat.

Akui pernah merasa sedikit tertekan pada awalnya apabila pengarah seolah-olah belum yakin dengan kebolehannya untuk memegang watak utama.

“Pada awalnya, pengarah memandang saya, seolah-olah boleh ke budak ini? Ketika itu, saya dah rasa ‘down’ sebab pelakon lain semua dah ada nama dan pengarah pula pandang saya begitu.

“Tapi saya tunjukkan kebolehan saya dan Alhamdulillah, akhirnya semua berjalan lancar,” kata pelakon berusia 25 tahun ini.

Nampaknya, kerja keras Shukri selama ini membuahkan hasil dan kelibat Shukri mula menjadi buruan produser.

“Yang bertanggungjawab dalam membawa saya ke industri adalah Osman Ali. Filem pertama saya Jiwa Taiko dan kemudiannya siri Juvana. Ketika itu, watak sampingan sahaja. Mungkin ya, saya mula dikenali sedikit demi sedikit melalui drama Ruby.

“Alhamdulillah, peluang semakin banyak mungkin kerana setiap drama yang saya buat walaupun watak kecil, saya akan beri yang terbaik. Saya mahu pengarah atau produser percaya dengan kebolehan saya,” katanya.

Shukri juga tidak menolak, tawaran melakonkan watak utama dalam drama Shabat ini sebagai rezeki di bulan Ramadan.

Drama Sahabat bakal menemui penonton dalam masa terdekat di saluran Astro Ria.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers