Dayana Tidak Redha Ashraf Muslim Kahwin Dua

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Dayana, Tidak, Redha, Ashraf Muslim, Kahwin, Dua


Desas desus yang didengar mengenai Ashraf Muslim akan berkahwin kali kedua akhirnya terjawab apabila selebriti itu sendiri mengaku telah bernikah di Thailand pada 7 Julai yang lepas.

Jika sebelum ini media melaporkan yang isteri pertama Ashraf, Noor Dayana redha jika suaminya mahu bekahwin lain, tetapi ternyata ianya tidak benar apabila bapa mertua Ashraf menyangkal dakwaan itu.

Daripada mula pun anak saya tidak rela atau redha. Apa yang dikata seperti dalam surat khabar yang anak saya redha, itu bukan dari anak saya. Itu satu penipuan yang besar. – Harian Metro

Selain dari itu, Kosmo! Online pula melaporkan yang Hj Lokman kecewa kerana menantunya seolah-olah tidak sabar mahu menikahi wanita yang bernama Wan Sakinah Ahmad Saburi tanpa menunggu keputusan mahkamah berkenaan permohonan kebenaran poligami.

Kami sebenarnya menyesal kerana dia tidak maklumkan pada kami termasuk isterinya sendiri. Kalau mahkamah beri keizinan berpoligami, kami redha dan terima keputusan. Ini belum lagi mahkamah buat keputusan, dia telah bernikah di Thailand.

Untuk pengetahuan umum, Ashraf telah bernikah dengan isteri pertamanya pada 24 September 2011 di Makkah dan difahamkan masalah rumahtangga mereka berpunca kerana belum dikurniakan zuriat sepanjang dua tahun berkahwin.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers