Betty dan suami menanti kehadiran cahaya mata pertama Disember ini. - Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki |
SEMPENA hari raya Aidilfitri yang bakal tiba, pasti semua orang sudah merancang percutian untuk pulang ke kampung masing-masing.
Betty dan Bruce bakal sambut raya pertama sebagai suami isteri. - Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki |
Tidak ketinggalan, penyanyi dan pelakon, Betty Benafe yang bakal pulang ke kampung halaman di Johor pada hari raya ini.
Tahun ini merupakan tahun pertama Betty bakal beraya dengan suaminya, Bruce Darghous.
Apa yang istimewa, tahun ini Betty beraya dengan kandungan yang sudah berusia empat bulan.
“Sudah tentu tahun ini kami beraya di kampung saya di Johor. Tahun lalu, saya juga telah membawa Bruce ke kampung saya untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri.
“Sebenarnya dia sudah tahu hari raya itu bagaimana dan boleh jangka apa yang berlaku pada pagi raya. Sebelum ini dia melihat pagi raya, ramai orang berkunjung ke rumah dan beri duit raya kepada kanak-kanak,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui pada sesi fotografi raya di Butik Omar Ali, baru-baru ini.
Berdasarkan pengalaman beraya bersama keluarga Betty tahun lalu, Bruce akui menantikan saat kanak-kanak mengumpul duit raya.
“Saya menantikan hari raya untuk bersama keluarga besar dan melihat kanak-kanak ke sana dan ke sini dengan gembira untuk mengumpul duit raya. Ia agak comel pada saya,” katanya.
Ketika ditanya tentang menu wajib di pagi raya, Betty menjawab, “menu wajib di pagi raya sudah pasti laksa Johor.
"Saya memang nantikan laksa Johor dan ketupat. Ketupat itu makan pula dengan kuah kacang,”ujarnya lagi.
Betty juga bakal memperkenalkan makanan kegemarannya itu kepada Bruce pada pagi raya kelak.
“Saya akan ajar dia makan laksa Johor dan yakin dia akan suka sebab laksa macam spageti, tak jauh beza,” katanya.
Meskipun tidak dapat beraya lama seperti sebelum-sebelum ini, Betty akur dengan situasi suaminya yang bekerja.
“Saya ada keluarga di Singapura, jadi, kami selalunya berkunjung ke sana untuk silaturahim pada hari raya," katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.