Bapa mertua Ashraf: Dayana tak rela dimadukan

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Bapa mertua, Ashraf,  Dayana, tak, rela, dimadukan


BAPA mertua pelakon Ashraf Muslim, Lokman Abdul Hamid mengesahkan menantunya itu telah berkahwin buat kali kedua.

Menurut Lokman, Ashraf telah pun bernikah dengan seorang wanita yang dikenalinya yang sebelum ini bertugas sebagai krew penerbitan rancangan TV9 di Thailand, dua minggu lalu, tanpa pengetahuan anaknya, Noordayana Lokman.

Ditanya sama ada anaknya itu pasrah jika Ashraf berkahwin lain, Lokman, yang juga Pengarah Urusan Pusat Rawatan Islam Al Hidayah, berkata, Dayana tidak pernah bersetuju untuk dimadukan.

“Jika Dayana setuju, masakan Ashraf memfailkan permohonan berpoligami di mahkamah,” katanya.

Menurutnya, Dayana mengetahui suaminya berkahwin lain hanya selepas hampir seminggu Ashraf bernikah apabila menemui tiket kapal terbang dalam beg pakaian Ashraf.

Menurutnya, dia tahu hubungan Ashraf dengan seorang wanita lain, apabila Ashraf membuat pengakuan di depan Kaabah sewaktu mereka menunaikan umrah, sembilan bulan selepas Ashraf dan Dayana bernikah.

"Selepas apa yang berlaku, Dayana setia dan hormat Ashraf sebagai suami serta masih tinggal bersama,” katanya.

Semalam, Ashraf menarik balik permohonan berpoligami dan tindakan itu dibuat selepas mahkamah tinggi dimaklumkan, Ashraf telah bernikah dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand, minggu lalu.

Hakim Muhamad Abdul Karim Wahab mengarahkan Ashraf membayar kos RM8,000 kepada isteri pertamanya,  Dayana sebagai kos.

Peguam Syarie, Zukifli Che Yong, yang mewakili Dayana memaklumkan, Ashraf, 32, pada 9 April lalu memfailkan permohonan berpoligami.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers