KETUK-Ketuk Ramadan yang menampilkan artis kesayangan ramai berkongsi resipi kini kembali untuk musim ke-6.
Bersiaran setiap hari mulai jam 12.30 tengah hari di TV1, program kegemaran ramai ini masih mengekalkan Sheila Rusly sebagai hos.
Menariknya, kali ini penonton berpeluang menyaksikan artis kesayangan mereka memasak dan menghidangkan makanan yang istimewa sajian berbuka puasa. Artis undangan yang dijemput memasak dengan resipi pilihan mereka sendiri, turut berkongsi kisah perkembangan terbaru mereka di samping persiapan sambutan menjelangnya Aidilfitri tahun ini.
Artis terlibat termasuklah Hafiz AF, Jihan Raja Lawak, Adira AF, Farah Fauzana, Wilma, Hazama, Memey Suhaiza, Roy Azman, Puteri Mardiana, Nor Albaniah, Ilya Senario, Ropie Cecupak, Najwa Latiff, Siti Saleha, Fizz Fairuz, Zila Bakarin, Yus Waisar, Eira Syazira, Ahmad Idham, Sherry Ibrahim, Nadia Nissa, Ajak Shiro, Mahmood Ali Bashah, Bob Yusof, Acong Sweet Child, Rem, Aidil Aziz, Nealofa, Zalif Sidek, Heliza Helmi, Emma Maembong dan Syamsul Ghau Ghau.
Mengekalkan konsep santai, beberapa lokasi menarik di Sarawak, Melaka, Perak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Terengganu menjadi pilihan “Ketuk-Ketuk Ramadan” kali ini.
Program terbitan JS Pictures ini turut mendapat tajaan Delima Oil, anak syarikat Felda Holdings Sdn Bhd dan pihak Fama sepanjang sesi penggambaran di jalankan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.