Bagi mereka yang masih tercari-cari keperluan bayi dan barangan apakah yang sesuai sempena Hari Raya Aidilfitri nanti? Usah risau, ini kerana pihak Fab Event Resources dengan kerjasama Sinaborta de Event Management serta Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan bangganya bakal menganjurkan Baby & Raya Expo 2013 pada 27 dan 28 Julai ini bertempat di Dewan Tun Razak 3, PWTC, Kuala Lumpur.
Terdapat pelbagai barangan bayi yang boleh anda dapati melalui expo ini, antaranya adalah pakaian, botol susu, lampin pakai buang dan aksesori keperluan bayi.
Dalam pada itu, expo ini turut menawarkan pelbagai barangan istimewa sempena Hari Raya antaranya adalah pakaian raya untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak, aksesori, kasut, beg tangan, biskut raya serta barangan dekorasi rumah.
Menerusi Baby & Raya Expo 2013, anda bukan sekadar berpeluang membeli-belah, malah anda turut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti-aktivit menarik bersama barisan selebriti pilihan yang hadir.
Antara aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan adalah Sembang Santai bersama Irma Hasmie, Pertandingan Catwalk Ibu dan Anak bersama Butik DNA yang dikendalikan oleh Dynas Mokhtar, Tutorial Hijab bersama Suci By Yatt Hamzah, Mini Pertunjukan Fesyen serta pertandingan (TBC) daripada Cosry Purple Label, Promosi Unequein dan Persembahan Muzik daripada pasangan Mawi dan Ekin serta persembahan istimewa daripada Siti Nurdiana.
Sekiranya anda membeli barangan bernilai RM100 ke atas dalam satu resit, anda juga layak menyertai cabutan bertuah dan mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan menarik sepanjang expo ini berlangsung.
Barisan selebriti yang terlibat dalam menjayakan Baby & Raya Expo 2013 |
Selain mengadakan booth jualan barangan bayi dan hari raya, expo ini turut membuka peluang untuk vendor yang berminat untuk menyewa booth jualan, di mana pada hari tersebut pihak penganjur akan menyediakan sebanyak 250 booth untuk disewa.
Menerusi acara ini, para vendor atau penyewa akan turut berpeluang mempromosikan booth mereka menerusi laman sosial Facebook selebriti yang terpilih seperti Diana Amir, Heliza Helmi, Dynas Mokhtar, Yatt Hamzah, Lan Kristal, Syura Masterchef, Siti Nordiana, Mawi Ekin, Saujana, Ashraf Muslim, Vanidah Imran, Rashidee Ishak dan Ray Era.
10 vendor bertuah yang mendaftar dengan mana-mana selebriti pilihan akan turut berpeluang untuk menyertai Majlis Makan Malam Amal Iftar dan berpeluang untuk duduk semeja dengan selebriti tersebut.
Penampilan istimewa Irma Hasmie & Siti Nurdiana |
Jadi, apa tunggu lagi? Bagi anda yang berminat, sila layari website rasmi Baby & Raya 2013 di www.fabevent.com.my atau lawati laman facebook mereka di www.facebook.com/BabyRayaExpo2013.
Anda juga boleh mengantar penyertaan menerusi alamat email di babyrayaexpo@gmail.com atau hubungi pihak penganjurnya, Cik Ed di talian 0176254665 serta Cik Nisa - 019 2892082.
Selain itu, untuk para pengikut Facebook Baby & Raya 2013, jangan lepaskan peluang untuk Like, Share dan menangi hadiah-hadiah menarik berupa :
- 10 x hamper berupa produk bayi bernilai RM100
- 20 x bekalan lampin bayi selama 2 bulan
- 300 x baucer produk Hari Raya bernilai RM20
- 20 x hamper Hari Raya bernilai RM100 dan banyak lagi.
Berikut antara beberapa foto menarik sepanjang sidang media majlis pelancaran Baby & Raya Expo 2013 yang diadakan baru-baru ini :
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.