Sejak berita mengenai perkahwinan kali kedua Ashraf Muslim bersama bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand tersebar di media, ramai pihak yang cuba menyatakan pendapat serta memberi respon berhubung isu tersebut. Mungkin ada yang memandang perkara berkenaan ke arah sudut yang positif dan ada juga sebaliknya.
Namun begitu, menerusi laman Twitter milik Aqasha, pelakon drama Dejavu Di Kinabalu itu turut memberi respon mengenai isu poligami dengan memuat naik status berbunyi :
Orang bercerai ada yang bising, orang tambah isteri pun ada juga yang bising. Inilah hakikat, yang patut ada 1 tu tuhan je. Hehehe.Status Aqasha itu bagaimanapun mendapat perhatian seorang peminat dan menerusi respon berbalas yang diberikan oleh individu terbabit, Aqasha telah menegur dengan menyatakan bahawa, jangan bercakap mengenai isu rumahtangga jika anda belum berkahwin.
Aqasha sewaktu bernikah dengan isteri tercinta, Noor Baizura |
Dalam pada itu, Aqasha turut menegaskan bahawa tidak salah untuk berkahwin di Siam dan melihat perkara tersebut sebagai satu isu yang positif.
Bagaimanapun isu poligami ini hanya boleh dijawab oleh mereka yang arif sahaja dan sebagai orang luar, lebih elok sekiranya isu seperti itu tidak diulas dengan lebih lanjut kerana dikhuatiri akan mengguris hati pihak tertentu.
Untuk makluman, Aqasha atau nama sebenarnya Firdee Aqasha Rosli telah bernikah dengan wanita pilihannya, Noor Baizura pada tanggal 10 Oktober 2010 dan mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.