Menerusi laman sosial Twitter dan Instagram milik Qi Razali, pelakon drama Friday I’m In Love ini difahamkan sedang dalam perjalanan untuk ke Argentina bagi menjalani sesi penggambaran program Art Attack.
Pelakon lelaki ini dikatakan akan berada di negara tersebut selama dua bulan dan ini bermakna dia akan pulang semula ke Malaysia pada September depan.
Meskipun baru sebentar berjauhan dengan Nelydia Senrose, pelakon ini sudah mula melahirkan rasa rindu terhadap kekasih hatinya itu dan perasaan tersebut turut dilahirkan menerusi status yang dimuat naik di laman mikro Twitternya beberapa jam yang lalu.
Qi Razali menunjukkan sebentuk cincin untuk orang tersayang |
Dalam pada itu, pelakon lelaki ini turut memuat naik sebuah video melalui laman Instagramnya, di mana menerusi video tersebut Qi telah menunjukkan sebentuk cincin dan menyatakan bahawa cincin berkenaan adalah untuk orang yang tersayang.
Wah, adakah cincin tersebut sebagai tanda cinta atau adakah mereka akan jalinkan hubungan ke tahap yang lebih serius? Apa pun, hanya mereka sahaja yang tahu.
Bagaimanapun, di sini iskandarX Society kongikan dua buah video yang telah dimuat naik oleh Qi menerusi laman Instagramnya untuk tatapan anda semua. Jom layan.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.