Nellydia |
Elak facial Nellydia teliti jaga wajah
GADIS cantik ini semakin mendapat tempat di arena seni tempatan.
Meskipun masih hijau, namun dia sebenarnya mula melibatkan diri dalam bidang lakonan sejak berusia 13 tahun lagi menerusi drama bersiri Spa Q.
Tidak lari dari pelbagai gosip dan kontroversi, pelakon berusia 19 tahun ini sememangnya tidak mudah melatah.
Meskipun kisah cintanya bersama seorang pelakon popular sering menjadi perhatian, namun gadis kacukan Melayu-Siam ini tidak kisah, sebaliknya terbuka dengan hubungan tersebut.
Pun begitu, selain kisah karier dan cintanya, empunya nama Nellydia Senrose ini pernah berhadapan dengan kritikan gara-gara bentuk tubuhnya yang agak berisi.
Dek kerana itu, pelakon yang terkenal dengan drama Setia Hujung Nyawa ini nekad menurunkan berat badan.
Pengertian cantik bagi anda?
Bagi saya, apa yang penting adalah kecantikan dalaman, memang bunyinya klise, namun jika dalaman kita cantik dan bersih, secara semula jadi, luaran kita akan nampak cantik.
Adakah anda pernah mengalami masalah berat badan?
Memang pernah, saya seorang yang 'plum', bagaimanapun, kini saya sedang berusaha menurunkan berat badan saya.
Boleh kongsi rutin pemakanan anda?
Oleh kerana saya mengalami masalah berat badan, saya perlu mengawal jumlah makanan yang diambil. Biasanya, pagi saya akan sarapan seperti biasa, untuk tengah hari pula saya cuma ambil makanan yang boleh mengenyangkan dalam kuantiti yang sedikit. Tetapi, malam saya tidak akan makan cuma akan buah sahaja. Dalam pada itu, saya juga akan minum air masak sebanyak mungkin. Percayalah, dengan minum air dengan kuantiti yang banyak, saya berjaya menurunkan berat badan.
Adakah anda seorang yang gemar mengambil buah-buahan?
Ya, sudah tentu, bagi saya buah adalah sangat penting untuk kesihatan tubuh kerana ia kaya dengan pelbagai vitamin.
Bagaimana pula dengan senaman?
Saya juga seorang yang sering melakukan senaman, lebih-lebih lagi kini saya sedang giat menurunkan berat badan. Jika tidak berkesempatan ke gim, saya akan melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh di rumah.
Dari segi kebersihan wajah pula bagaimana?
Saya mengamalkan mencuci wajah menggunakan air mineral. Biasanya selepas penggambaran sudah tentu wajah dicuci dengan sebersih mungkin kerana tidak elok meninggalkan kesan solekan pada wajah. Pun begitu, saya elakkan melakukan facial kerana ia hanya membuka pori wajah.
Untuk rambut pula?
Biasalah kalau shooting, rambut akan diset, dispray dan sebagainya. Ia sedikit sebanyak akan membuat rambut kita rosak, jadi saya akan selalu melakukan rawatan untuk rambut.
Apakah anda gemar ke spa?
Itu antara aktiviti kegemaran saya, lagipun bila badan dah penat, saya rasa selesa sekali apabila ia diurut.
Aktiviti di masa lapang?
Saya bukanlah jenis yang suka keluar suka-suka, jadi bila free tu, memang saya akan duduk di rumah menonton movie sahaja. Biasanya, saya akan beli apa-apa DVD yang saya suka dan duduk di depan televisyen.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.