Dayana Kecewa Dengan Perbuatan Ashraf Muslim?

Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Dayana, Kecewa, Dengan, Perbuatan, Ashraf Muslim


Nampaknya isu poligami yang melibatkan pelakon, Ashraf Muslim bersama dua orang isterinya iaitu Noor Dayana Lokman, 26 dan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29 masih menjadi tatapan umum dan sudah masuk hari kedua trending menerusi laman Twitter.

Setelah pelbagai laporan yang dikeluarkan oleh pihak media, akhirnya isteri pertama Ashraf Muslim, Dayana dipercayai telah meluahkan perasaan kecewanya melalui sebuah nukilan puisi yang ditulis menerusi laman akaun Facebook miliknya petang semalam.

Bait-bait puisi tersebut seolah-olah menggambarkan tentang perasaan kecewa dan sedih Dayana terhadap perbuatan suaminya.

Apa pun, sebagai orang luar kita hanya mampu doakan yang terbaik buat mereka bertiga dan di sini iskandarX Society sertakan nukilan puisi tersebut :

Tak usah bicara tentang payung emasKeranaAku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriatKeranaAku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…

Tak usah bicara tentang setiaKeranaAku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjawabKeranaAku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaanKeranaAku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang diaKeranaAku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di MakkahHebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan AllahKerana satu dunia tahuHanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan




Malaysia, Berita, Gossip, Selebriti, Artis Malaysia, Dayana, Kecewa, Dengan, Perbuatan, Ashraf Muslim
Wan Sakinah, isteri kedua Ashraf Muslim

Untuk makluman, Ashraf Muslim telah bernikah dengan Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 di Makkah, sementara dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pula mereka disahkan bernikah di Thailand pada 7 Juali lalu.

Comments

  1. poligami?.. lelaki mana yang menolak poligami?
    payung emas tu untuk isteri.. kenapa taknak? rugi..rugi..
    tapi persoalannya? mampu ke? adil ke?
    ini soalan peribadi.. hanya tuan punya badan yang tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. poligami nie bukan benda yang tak elok untuk kita canang2kan betul tak? poligami nie bagus untuk mengelak daripada berbuat maksiat,kalau ikut hudud berbuat maksiat bagi yang sudah berkahwin rejam sampai mati, kalau tengok filem semerah padi kena sula, yang tak kahwin lagi kena sebat rotan 100 kali.mampu atau boleh atau tidak itu kuasa Allah Taala bukan martabat kita menentukan Qada Dan Qadar serta Rahmat Allah Taala itu.

      Delete
  2. katanya tu bukan puisi yg dayana buat. sebaliknya page Ana Hawana yg buatkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'aa puisi tu Ana yang punya is terpaksa ikut trending kalau is langkau otai2 medai yang lain karang dorang smash blog is karang. memang dah tahu dah Ana Hawana punya, adat menulis berita dan gossip kena tulis macam dengar2, tak leh direct.

      Delete
  3. Ijin tengok itu photo yang cantik gan..)

    ReplyDelete
  4. kesian kan kat Dayana..apa2 pun diharapkan ashraf dapat berpoligami secara adil

    is..ila cuit Save22 untuk is =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah mudah-mudahan Ashraf dapat menjalani kewajipannya deng

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers