Selepas Butik, Nur Fazura Mahu Buka Restoran Turki Pula

Malaysia, Artis Malaysia, Hiburan, Selebriti, selepas, butik, Nur Fazura, mahu, buka, Restoran Turki, pula


Teks & foto oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my

SUBANG, 5 JUN 2013: Selepas perniagan butik fesyen House of Doll miliknya mendapat sambutan memberangsangkan, pelakon yang bakal tampil dengan filem Manisnya Cinta, Nur Fazura merancang untuk membuka restorannya sendiri.

Bercakap kepada pihak media selepas majlis pelancaran Spa Lux Scentsational Lounge di sini pagi tadi, Nur Fazura berkata perancangan itu terdorong kerana kecenderungannya yang suka menikmati makanan.

"Ramai orang tak tahu yang sebenarnya saya memang suka makan. Jadi, saya rasa adalah baiknya saya melakukan perniagaan yang sesuai dengan minat saya. Sebagaimana juga minat saya terhadap fesyen yang memberi peluang saya untuk membuka House of Doll. Mungkin selepas ini perniagaan refleksologi atau spa. Mana kita tak tahu kan," katanya sambil diiringi senyuman menguntum.

Jelas Nur Fazura, dia merancang untuk membuka restoran makanan Turki dan idea itu tercetus selepas pulang dari negara berkenaan bagi menjalani penggambaran filem Manisnya Cinta arahan Bernard Chauly baru-baru ini.

Bagaimanapun kata Nur Fazura, ianya masih dalam perancangan dan masih belum pasti bilakah impiannya itu akan dapat direalisasikan.

"Tunggu saja kemunculannya. Semuanya perkara ini harus dibuat secara berperingkat-peringkat. Barulah Nampak hasilnya," katanya yang mengamalkan senaman 3 kali seminggu bagi mengawal diet pemakanannya.

Ditanya pihak media tidakkan dia mahu mendapatkan khidmat nasihat daripada Sam Shaheizy yang kebetulan baru saja membuka perniagaan restoran baru-baru ini, Nur Fazura bagaimanapun ada alasannya sendiri.

"Bagi saya, dia baru saja dalam bidang perniagaan. Tapi apa yang pasti kami sama-sama memang suka makan.Lagipun banyak lagi perkara yang perlu kami pelajari untuk menceburi perniagaan makanan ini.

" Tapi apa yang pasti, restoran saya nanti akan menyediakan hidangan Turki yang tidak terlalu berat dan resipi istimewa daripada saya. Menu yang sangat ringkas," katanya bersungguh-sungguh.

Kata Nur Fazura, selain restoran tumpuannya juga turut menjurus kepada pembukaan beberapa cawangan butik House of Doll di Sabah dan juga Sarawak.

Katanya, kebanyakan peminatnya di dua negeri berkenaan ingin mendapatkan pakaian dari butiknya bagaimanapun atas masalah domestik dia merancang untuk membuka cawangan butik terbarunya di sana.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers