KUALA LUMPUR, 6 JUN 2013: Produser Raja Azmi Raja Sulaiman tidak menyangka bahawa Adam Davin sanggup membuat cerita bahawa kononnya dia telah memfitnah pendatang baru tersebut sepertimana yang dilaporkan oleh akhbar Harian Metro, semalam.
Menyangkal dakwaan pendatang baru yang sepatutnya memegang watak utama dalam filem baru terbitannya iaitu Anak Ikan, Raja Azmi sebaliknya memberitahu, Adam Davin atau nama sebenarnya Davinder Singh S/O Gurchan Singh telah banyak menggunakan namanya untuk menipu banyak pihak termasuklah pihak Gulatis di Wangsa Maju serta pereka fesyen, Kos Serani.
Perbuatan melampau Adam Davin itu telah memaksa Raja Azmi untuk mengadakan satu sidang media khas yang diadakan di RK Recipes Cafe milik aktor Riezman Khuzaimi dan isterinya di , Melawati, Kuala Lumpur.
Turut hadir sama di dalam sidang media khas itu adalah wakil pihak Gulatis, wangsa Maju, Kos Serani serta mangsa-mangsa tipu lain daripada Pulau Pinang, Johor Bahru serta Kuala Lumpur.
Raja Azmi ditemui dalam satu sidang media khas yang diadakan di RK Recipes Cafe, Melawati, Kuala Lumpur. Turut hadir sama di dalam sidang media khas itu adalah wakil pihak Gulatis, wangsa Maju, Kos Serani serta mangsa-mangsa tipu lain daripada Pulau Pinang, Johor Bahru serta Kuala Lumpur.
Jelas Raja Azmi lagi, sebenarnya dia mengenali Adam Davin menerusi instagram.
"Dia beritahu saya dia berminat untuk mengenali saya dan berjumpa dengan saya. Dia kata dia ingin bincang pasal bisnes. Saya rasa tak salah kalau saya jumpa dia. Jadi, dia pun kasi nombor telefon bimbit dia dan saya pun hubungi dia.
"Dia perkenalkan diri sebagai anak taukeh Jakel dan dia beritahu bapa dia ingin melabur dalam filem saya. Saya yang bodoh ini pun percaya. Itulah bodohnya saya. '
"Kebetulan saya nak buat projek filem Anak Ikan. Saya pun fikir, kalau ada pihak yang hendak melabur dalam filem ini, why not. Setidak-tidaknya, kuranglah beban saya untuk buat filem ini.
"Masa itu saya berjumpa dengan dia bersama 2 orang aak perempuan saya iaitu Puteri Suaida, Puteri Suraya serta menanti saya, Shadan yang bakal mengarahkan filem Anak Ikan," katanya.
Dalam waktu yang sama, Raja Azmi memberitahu bahawa dia adalah pemilik Gulatis di Wangsa Maju dan bisnes itu diberikan oleh ibunya kepada dia.
"Dia juga pernah membawa saya dan dua orang anak saya di ke outlet Gulatis tersebut dan menyuruh kami memilih kain-kain yang ada di situ. Tapi, akhirnya baru saya tahu bahawa dia juga telah menipu pihak Gulatis dan memberitahu pihak Gulatis bahawa kain-kain itu akan dibayar oleh seorang datin.
"Apapun saya dan anak-anak saya akan memulangkan semula kain-kain yang kami pilih itu kepada pihak Gulatis semula," katanya.
Sambung Raja Azmi lagi, Adam Davin juga berjanji untuk memperkenalkan dia dengan bapanya, namun ada saja alasan yang diberikan setiap kali pertemuan diadakan. Malah, ianya juga terbatal pada saat-saat akhir.
"Selepas beberapa kali berhadapan dengan situasi seperti itu, saya sudah mula tidak percaya dengan dia lagi.
"Namun, sepanjang perkara ini berlaku, saya sudah berjanji membawa dia untuk menemani saya mealui red karpet Anugerah Bintang Populatr Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) bersama seorang lagi pendatang baru yang ingin saya perkenalkan iaitu Ahn.
"Tapi, selepas itu saya sedar bahawa gambar-gambar yang diambil pada anugerah itu telah digunakan untuk menipu orang," katanya.
Jelas Raja Azmi lagi, tujuan dia saya mengadakan sidang media ni adalah supaya Adam Davin berhenti daripada terus menggunakan namanya. dan mengaibkan saya serta membersihkan nama saya.
" Saya juga mahu dia berhenti menipu ramai orang lagi dan saya tidak sangka bahwa lebih ramai lagi orang yang ditipunya dan dia juga menjaja saya dengan menipu orang-orang ini.
"Tak cukup dengan tu, dia kata pula saya fitnah dia. Semalam, keluar di akhbar Harian Metro dan berita Awani juga bertubi-tubi keluar pasal Adam mendakwa saya yang memfitnah dan memalukanya.
"Seumur hidup saya, saya tidak pernah memfitnah orang", katanya dengan nada yang sebak.
Raja Azmi juga memberitahu bahawa dia mempunyai bukti-bukti yang cukup bahawa Adam Davin telah menggunakan namanya untuk menipu banyak pihak.
"Hari ini, saya telah undang sendiri beberapa mangsa-magsa tipu untuk datang ke majlis sidang media ini. Kebanyakan mereka berhubung dengan saya melalui instagram dan mereka juga sama-sama mahu mendedahkan perbuatan Adam Davin.
Saya harap dengan adanya bukti-bukti ini, pihak polis akan segera menangkapnya. Sebenarnya, apa yang kami lakukan ini adalah untuk menyenangkan lagi tugas pihak polis," katanya lagi.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.