Dato` Fazley Dilantik Duta Institut Kulinari Perancis

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Dato' Fazley, Dilantik, Duta, Institut Kulinari Perancis


Teks oleh Kheme Rosly

KUALA LUMPUR, 7 JUN 2013: Sebuah lagi pencapaian diraih selebriti versatil, Dato' Fazley Yaacob yang kini dilihat menumpukan fokusnya dalam dunia masakan atau secara profesionallnya digelar seni kulinari sebaik sahaja menjadi juara dalam pertandingan realiti masakan MAsterchef Selebriti Malaysia yang pertama.

Kecintaannya dalam bidang masakan telah mendorong jejaka berusia 35 tahun ini untuk mendaftarkan diri di Le Cordon Bleu Institute of Culinary Arts, sekolah masakan terkenal daripada Perancis. Membuka pintunya di Sunway University College, Dato' Fazley telah mendaftar sebaik saja tamatnya program realiti Masterchef Selebriti Malaysia.

Kerana minat dan bakat yang dimiliki penyanyi yang digelar Abang Asmara satu ketika dahulu ini, akhirnya berjaya menempatkan dirinya sebagai pelajar terbaik di antara belasan pelajar lain yang terdiri daripada pelajar-pelajar luar negara.

Menyedari kepakaran serta kapasiti Dato' Fazley sebagai selebriti terkenal, Le Cordon Bleu berbesar hati melantik chef selebriti itu sebagai duta bagi Sunway Le Cordon Bleu Institute of Culinary Arts. Ia bertujuan untuk mengajak lebih ramai mempelajari seni masakan yang ditawarkan institute yang berprestij ini.

"Mereka datang pada saya dan menawarkan untuk menjadi duta bagi sekolah kulinari yang sangat dikenali dan diyakini kualitinya, sebagai peminat dunia masakan yang mengenali nama Le Cordon Bleu sudah pastinya saya amat menghargai pengiktirafan ini.

"Tugas sebagai duta adalah mempromosikan lagi kursus yang satu-satunya ditawarkan di negara dan ia mengambil tempat di Sunway University College. Buat masa ini memang bilangan pelajar sedikit tetapi mereka mahu membuka peluang kepada lebih ramai lagi rakyat Malaysia agar dapat menceburkan diri dalam bidang seni kulinari.

"Sebentar tadi juga pihak Sunway Le Cordon Bleu telah mengumumkan berita baik bahawa pihak kolej menyediakan biasiswa penuh dan separa penuh bagi mereka yang layak. Ianya dibuka kepada rakyat Malaysia dan juga pelajar dari warga asing serta bekas penuntut sekolah ini,"ujar Dato' Fazley ketika ditemui pada majlis memperkenalkan dirinya sebagai duta untuk Sunway Le Cordon Bleu Institute of Culinary Arts di Sunway University College, Bandar Sunway.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers