AC Mizal, Scha Teruja Mahu Kemudi Anugerah Blokbuster 2

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Ac Mizal, Scha, Teruja, mahu, Kemudi, Anugerah Blockbuster 2


KUALA LUMPUR, 6 JUN 2013: Pengacara, Dato' AC Mizal dan Scha Al-Yahya telah diumumkan bakal mengemudikan Anugerah Blokbuster 2 yang bakal berlangsung di Stadium Tertutup MBJB, Johor Bahru pada 15 Jun ini.

Pengurus Saluran Astro, Raqeem berkata pemilihan dua hos berkenaan untuk mengacarakan anugerah berprestij yang bermula jam 9 malam itu diharap dapat memberi kelainan apabila buat pertama kalinya mereka digandingkan di atas satu pentas.

"Pemilihan AC MIzal sudah tentu kerana dia sudah ada satu nama yang gah dalam industri hiburan tanah air serta telah biasa mengemudi rancangan serta program yang hebat di Astro.

"Malah dia seorang yang fun, exciting dan dalam masa bijak mengawal acara, jadi kami rasa sesuai dengan konsep kami yang urban. Manakala Scha pula kami pilih supaya gandingan mereka dapat memberi kelainan pada penonton pada malam berprestij itu nanti," katanya

Bertemakan gaya vintage kontemporari atau Hipster, Hanis Zalikha, Hefny, Tasha Shila dan Hafizul turut muncul sebagai pengacara karpet merah pada Anugerah Blokbuster 2 itu nanti.

Dalam pada itu, AC Mizal turut memberitahu dia berasa sedikit gugup apabila digandingkan dengan Scha untuk mengemudi acara berprestij itu kerana sebelum ini sudah selesa mengacara seorang diri.

"Kami pernah digandingkan bersama tetapi sebelum ini hanya dalam acara kecil pada tahun lalu tetapi bukan rancangan televisyen. Saya tahu Scha memang punya komitmen yang bagus pada kerja tetapi saya akui sediikit gugup kerana selalunya saya mengacara seorang tetapi ini ada pasangan pula.

"Namun kami akan duduk bersama untuk memberikan yang terbaik pada malam itu nanti," katanya.

Sementara itu, Scha memberitahu dia amat teruja dan berbesar hati apabila Astro sudi memberi peluang kepadanya untuk mengemudi majlis anugerah sebesar itu.

"Sebenarnya ini pertama kali saya mengacarakan acara seperti anugerah sebegini dan saya amata berbesar hati apabila peluang ini diberikan kepada saya. Sebelum ini, memang ada tawaran untuk mengacarakan acara yang bersiaran langsung sebegini tetapi saya menolaknya kerana belum berani tetapi kali ini saya mencabar diri saya untuk mula lakukannya.

"Malah saya teruja apabila dapat digandingkan dengan AC Mizal kerana dia seorang yang senang untuk saya gel dan bijak untuk mengimbangkan keadaan lawak dan serius. Harap apa yang kami akan rancang nanti dapat menyenangkan ramai pihak," jelasnya

Anugerah ini sekali lagi menggunakan system pemilihan dariapda penonton yang diberi kuasa untuk mengundi filem-filem dan artis kegemaran mereka memalui laman web www.anugerahblokbuster.com.my. Undian telah pun dibuka sejak 19 April lalu hingga 15 Jun ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers