Aaron Sesak Nafas Bila Lari 5 Pusingan Larian Amal

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Aaron Aziz, Aaron, sesak, nafas, bila, lari, 5, pusingan, Larian Amal


KUALA LUMPUR, 6 JUN 2013: Hampir hendak pengsan dan sesak nafas jadinya Aaron Aziz sebaik saja dia menyahut cabaran Era untuk lari lima pusingan di balapan Stadium Nasional Bukit Jalil dalam larian amal yang diberi nama #LarianAmalAaronEra seawal jam 8 pagi, semalam.

#LarianAmalAaronEra yang mendapat kerjasama Radio ERA dan dan Yayasan AIDS Malaysia (Malaysian AIDS Council) diadakan untuk mengumpul dana untuk memberi bantuan kepada pesakit-pesakit AIDS di Malaysia.

Dalam waktu yang sama ianya juga diadakan bersempena mempromosikan filem terbaru berjudul Lari yang diarahkan oleh pengarah terkenal Ahmad Idham yang akan ditayangkan pada 6 Jun 2013 di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

"Saya menyahut cabaran geng Radio ERA yang mahukan saya membuat larian amal sebanyak lima pusingan pagi ini di Stadium Bukit Jalil demi memberi bantuan atau sumbangan kepada tabung Circle Of Friends (Yayasan AAIDS Malaysia) ini.

"Hasil dari larian saya pagi ini, Radio Era telah berjanji untuk membuat pengumuman mempromosikan filem Lari setiap jam bermula selepas tamat larian amal saya.

"Dalam pada itu larian ini juga merupakan salah satu cara untuk mempromosikan filem terbaru lakonan saya iaitu lari yang diarahkan Ahmad Idham yang mengisahkan masalah perdagangan manusia yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini.

"Sebenarnya, aya sememangnya tidak gemar dengan sukan lumba lari sejak dibangku sekolah lagi. Malah saya agak keletihan, hampir pengsan dan sesak nafas semasa membuat larian seawal pusingan kedua.

"Tetapi demi mempromosikan filem Lari dan bantuan dana Circle of Friends ini saya terima cabaran yang diberikan dan berjaya menghabiskan larian lima pusingan ," kata kepada murai.com.my.

Aaron Aziz yang juga duta Selebriti Sokongan Riben Merah Majlis AIDS Malaysia, Aaron Aziz berkata, program #LariAmalAaronERA bertujuan mengisi tabung Circle Of Friends, Yayasan AIDS Malaysia.

Bagi mereka yang berminat membantu boleh membuat sumbangan ikhlas se-minimum RM 1.00 kepada tabung Yayasan AIDS Malaysia, seperti yang tertera di bawah. Manakala bagi setiap sumbangan berjumlah RM50.00 akan disertakan dengan resit pengecualian cukai bagi mendapatkan rebet cukai pendapatan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers