KUALA LUMPUR, 5 JUN 2013: Penyanyi, Uji Rashid akui kecewa dengan laporan sebuah akhbar yang mendakwa kononnya dia telah menarik diri daripada menjayakan Malam Amal Bersama Tiga Diva yang akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, di sini pada 12 Jun ini.
Uji Rashid berkata laporan itu sama sekali tidak benar , malah ianya secara tidak langsung telah mencalarkan reputasinya sebagai seorang penyanyi lama yang sudah berpengalaman luas di dalam industri hiburan tanah air.
"Terus-terang saya terkejut dan kecewa apabila ramai peminat dan rakan memberitahu mereka terbaca sebuah laporan yang mengatakan saya telah menarik diri dan tidak mahu bersama konsert ini berikutan ketidakhadiran saya pada sidang media yang pertama sebelum ini.
"Padahal pada hari tersebut, saya memang sudah mempunyai komitmen lain yang sudah dirancang awal sebelum saya mendapat tahu saya perlu ke sidang media itu sehari sebelumnya.
"Saya sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara itu (tentang isu tarik diri). Hakikatnya saya sendiri masih mahu bersama konsert amal ini. Sehinggakan, peminat dan rakan saya beritahu jika benar saya tidak bersama konsert ini, mereka juga tidak akan membeli tiket untuk menyaksikan persembahan kami nanti," katanya kepada murai.com.my
Selain Uji Rashid Malam Amal Bersama Tiga Diva yang dianjurkan oleh syarikat pengurusan acara Kaizen Asia Sdn Bhd itu turut menampilkan dua nama besar dalam indusrti iaitu Datuk Sharifah Aini, dan Dato' Khadijah Ibrahim.
Lebih terkilan lagi, Uji memberitahu pihak penganjur tidak bertindak untuk memberi kenyataan balas mengenai laporan tersebut sehinggalah sidang media kedua diadakan pada petang semalam iaitu selepas beberapa minggu ianya berlaku.
"Saya sedih dan kecil hati apabila pihak pengannjur seolah tidak membela diri saya kerana sepatutnya perkara ini diselesaikan oleh pihak mereka. Malah pada hari sidang media pertama sepatutnya penganjur sudah menjelaskan kepada media dan tetamu mengapa saya tidak hadir.
"Saya rasa seperti diperkotak-katikan pula dan seolah-oleh ketakhadirian saya itu dilihat sengaja mahu mencari publisiti murahan," jelasnya lagi.
Uji Rashid memberitahu lagi, dia hampir merajuk dan tidak mahu meneruskan konsert tersebut, tetapi disebabkan konsert amal itu adalah untuk mengumpul dana bagi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, dia kemudian mengambil keputusan untuk meneruskan jua.
"Saya sudah merajuk sebenarnya apabila isu ini dibangkitkan dan saya sudah terfikir untuk membatalkan kontrak saya. Tapi saya teruskan juga, kerana tidak sampai hati apabila persatuan ibu tunggal sudah mengharapkan saya untuk bersama dan saya lakukan persembahan ini untuk melakukan kerja amal membantu mereka kerana saya juga ibu tunggal," luahnya lagi.
Persembahan yang bakal berlangsung selama dua jam bermula jam 8 malam itu akan menyaksikan setiap artis legenda berkenaan menyampaikan empat buah lagu dan persembahan duet
Turut menyerikan persembahan pada malam itu nanti adalah Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012), Didie Alias sebagai pengacara majlis bersama Acong (Sweet Child) dan Man (Raja Lawak).
Turut diadakan pertunjukan fesyen dan Ratu Kebaya oleh ibu-ibu tunggal. Penjualan meja masih lagi berjalan dan dijual serendah RM1,500 hingga RM10,500. Tempahan boleh dibuat di www.kaizen-asia.com atau menghubungi 03-6242-5104 atau 010-2454923
iskandarX: macam anti dengan Ujji Rashid jee?? Hari tu masa nak gantikan Yuna pun macam tu gak.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.