Sah! Zahid Kini Suami Kepada Sarah Julifa

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Sah, Zahid, Kini, Suami, Kepada, Sarah Julifa


FOTO & INFO dari Team ERA

TELUK INTAN, 7 JUN 2013: Hanya dengan sekali lafaz, Juara Akademi Fantasia Musim 2, Zahid atau Ahmad Zahid Baharuddin, 32, sah bergelar suami kepada kekasihnya Sarah Julifa Isa yang telah dikenalinya setahun lalu, selepas mereka selamat dijabkabulkan di Masjid Besar Teluk Intan, kira-kira jam 3.35 petang sebentar tadi.

Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah, Tuan Hj Jaafar Hj Puteh bersaksikan Hj Abdullah Endut serta Hashim Mat Jain daripada keluarga belah pihak perempuan.
Dalam majlis tersebut, rombongan pihak lelaki turut menyerahkan wang hantaran sebanyak RM15,000 dengan mas kahwin RM101 beserta 9 dulang hantaran berbalas 11 dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan.

Mengenakan busana rekaan Cosry rona putih yang sedondon, upacara membatalkan air sembahyang, menyaksikan Zahid menyarungkan cincin emas putih bertatah berlian ke jari manis suri hidupnya itu beserta gelang tangan.

Majlis pernikahan pasangan ini akan diadakan di rumah sebelah perempuan di Teluk Intan, Perak dan resepsi akan berlangsung pada 8 Jun di rumah pengantin perempuan.

Pasangan ini mula berkenalan di laman Twitter dan kemudian memutuskan untuk berkahwin. Menariknya, sepanjang perkenalan Zahid yang kini menjadi penyampai radio Era sepenuh masa, tidak pernah mengetahui bahawa Sarah Julifa bekerja di bawah satu bumbung dengannya iaitu di Astro.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers