Mangsa Cerita Kisah Modus Operandi Penipuan Adam Davin

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Mangsa, Cerita, Kisah, Modus, Operandi, penipuan, Adam Davin


KUALA LUMPUR, 6 JUN 2013: Dengan menggunakan modus operandi yang sama, pelakon baru Adam Davin atau Davinder Singh Gurchran Singh, 25, telah mendekati banyak mangsanya dengan menjual Iphone 4S dengan harga semurah RM1500 sambil menyakini mereka dengan mengatakan bahawa dia berlakon dalam filem baru terbitan, RajaAzmi Raja Sulaiman berjudul Anak Ikan.

Atas sebab itu, dia tidak mungkin boleh melarikan wang yang didapati daripada kebanyakan mangsanya dengan begitu saja dan Iphone 4S itu pula kononnya diperolehi daripada abangnya yang bekerja di Maxis.

Namun, setelah memperolehi wang mereka, Adam Davin tiba-tiba lenyap dan tidak dapat dihubungi. Kalau ada pun ada yang berjaya menghubunginya, dia akan memberikan pelbagai alasan mengapa dia tidak dapat menghantar Iphone 4S tersebut. Tapi, sampai ke sudah, Iphone 4S itu langsung tidak kelihatan.

Bila mangsa menyedari bahawa mereka telah tertipu, mereka cuba untuk mencari atau menjejakinya. Kalau bernasib baik, dia akan bank ini duit yang diambilnya itu kepada mangsa semula. Jika tidak, bererti duit mangsa akan terus lenyap.

Bukan hanya setakat orang biasa, malahan rakan-rakan artis pun pernah menjadi mangsa Adam Davin. Malah, bukan hanya setakat Iphone 4S, modus operandi yang sama turut digunakan untuk produk lain seperti kolagen.

Menariknya, Adam Davin memilih mangsanya menerusi beberapa cara terutama di laman sosial seperti instagram dan setelah berkenalan dengan mereka di situ, akhirnya dia akan mendekati mangsa untk menipu mereka.

Dan menerusi laman sosial instagram ini juga, kebanyakan mangsa tipu Adam Davin telah berhubung dengan Raja Azmi untuk mendedahkan tentang penipuan Adam Davin dan bagaimana Adam Davin menggunakan nama Raja Azmi ketika membuat penipuan tersebut.

Terkejut dengan tindakan berani Adam Davin yang masih tidak serik-serik menggunakan namanya untuk menipu biar pun sebelum ini dia sudah pun membuat laporan
polis ke atas pemuda itu pada 1 Mei lalu, Raja Azmi akhirnya membuat keputusan untuk mengumpulkan semua mangsa-mangsa tersebut serta mengadakan satu sidang media khas.

Sidang media khas yang diadakan di RK Recipe & Cafe miliki pelakon Riezman Khuzaimi dan isterinya di Taman Melawati itu diadakan bukan semata-mata untuk
membersihkan nama dan imejnya semata-mata tetapi juga untuk memastikan bahawa Adam Davin tidak menghentikan sikapnya daripada terus menipu mangsa-mangsa yang lain.

Ternyata beberapa mangsa tipu Adam Davin turut hadir di majlis sidang media khas tersebut dan masing-masing telah bercerita mengenai cara mereka ditipu Adam
Davin. Antara yang hadir adalah pereka fesyen, Kos Serani yang ditipu kerana cuba mendapatkan pakaian tajaan untuk melalui red karpet Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012) pada awal Jun lalu.

Adam Davin telah meminjam 3 baju daripada Kos Serani dengan mengatakan bahawa ianya adalah atas permintaan Raja Azmi sendiri, walhal Raja Azmi tidak tahu
menahu langsung tentang hal itu.

Baju-baju itu dipinjam setelah Adam Davin menipu Kos Serani dan rakannya, Edwin daripada Edwin Model & Management yang berpusat di Bandar Tasik Permaisuri
untuk menggunakan model serta premis agensi tersebut untuk mengadakan uji bakat Anak Ikan.

Uji bakat Anak Ikan itu dilakukan tanpa arahan dan pengetahuan Raja Azmi dan Raja Azmi hanya mengetahui setelah mangsa yang menghadiri uji bakat tersebut memaklumkan pekkara tersebut kepada kenalan rapat Raja Azmi.

Dan secara kebetulan, Kos Serani pula mencari Raja Azmi untuk meminta memulangkan semula baju yang dipinjam oleh Adam Davin dan dari situlah Raja Azmi mendapat tahu keseluruhan cerita tentang uji bakat Anak Ikan tersebut. Namun, pada 19 Mei yang lalu, Kos Serani sudah pun memperolehi kesemua baju-baju tersebut tanpa di dry clean.

Turut hadir sama di majlis sidang media itu adalah wakil pihak Gulatis yang berpusat di Wangsa Maju. Menurut mereka, Adam Davin telah mengambil beberapa kain yang bernilai lebih RM5,000 keseluruhannya dengan memberikan alasan bahawa kain-kain itu akan dibayar oleh seorang Datin.

Namun, kepada Raja Azmi dan anak-anaknya iaitu Puteri Suraya dan Puteri Suaida, Gulatis di Wangsa Maju itu kononnya adalah milik ibunya yang diberikan
kepadanya.

Berikutan itu, pihak Gulatis telah membuat laporan polis terhadap Adam Davin. Malahan, mereka mempunyai rakaman CCTV yang membuktikan bahawa Adam Davin ada menjejakkan kaki serta masuk ke premis mereka.

Turut bersama dalam majlis sidang media itu sama adalah mangsa tipu Iphone 4S dari Atie daripada Pulau Pinang, jiaanasir (Johor Bahru) serta Emma (Kuala Lumpur).

Sebenarnya, lebih ramai lagi mangsa tipu Adam Davin yang mahu tampil ke hadapan untuk mendedahkan tentang penipuan yang dilakukan oleh Adam Davin. Namun, ada yang tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Mangsa bernama jiaanasir berkata, dia mengenali Adam Davin menerusi laman instagram dan dari situ Adam mendekatinya untuk menjual Iphone 4S dengan harga RM1200.

"Dia cakap dia sedang berlakon dengan produser Raja Azmi dan tidak mungkin dia akan lari dengan wang saya. Cara dia bercakap sungguh meyakinkan. Lagipun dia sendiri tunjuk gambar dia dengan Raja Azmi.

"Jadi, saya pun bank in RM700. Diikuti dengan RM500 untuk bank in kali kedua. Lepas bank in duit dia terus senyap sampailah ke hari ini dan dari situ saya cuba pula berhubung dengan Raja Azmi. Tapi, saya tak sangka ramai pual yang sudah jadi mangsa tipu Adam Davin," katanya kepada murai.com.my.

Emma pula berkata, dia mengenali Adam Davin melalui seorang rakan yang bekerja di Karangkraf.

"Dia beritahu abangnya bekerja di Maxis di bahagian media dan dia boleh dapatkan Iphone 4S dengan harga murah, RM1400. Siapa yang tak mahukan. Jadi, saya dengan empat lagi rakan-rakan memasukkan duit ke dalam akaunnya.

"Tapi, selepas 2 hari, dia diam saja. Kami mula rasa tak sedap hati. Memandangkan dia ada dalam group Whatsapp kami, maka saya dan rakan-rakan cuba menghubunginya setiap satu jam untuk bertanyakan tentang Iphone 4S kami.

"Macam-macam alasan yang diberikan akhirnya kami minta duit kami semula. Memang susahlah nak dapatkan duit kami. Sampaikan kami terpaksa hubungi ibu dia. Kisah dia menipu ini pun ada dimuatkan di dalam forum Lowyat.net

"Kemudian akhirnya dia masukkan duit dalam seorang rakan dan berikutnya pada seorang rakan yang lain dan yang lain dan yang lain. Cuma duit saya saja yang dia tak masukkan lagi. Saya memang geram sungguh dengan dia, sampaikan nama dia pun saya letakkan status conman.

"Bila saya dapat tahu Raja Azmi mahu buat sidang media ini, saya luangkan masa untuk datang. Sebab, saya sendiri sudah buat laporan polis ke atasnya dan saya tak mahu dia terus menipu orang lain dengan cara yang begini," katanya lagi.

Ketika Emma berada di sidang media tersebut, Adam Davin telah menghubunginya memberitahu bahawa dia akan memasukkan duit Emma. Namun, Emma berkata, dia tidak percaya selagi tidak ada slip yang membuktikan bahawa Adam Davin telah memasukkan duit tersebut.

Portal murai.com.my telah berkesempatan mendengar sendiri perbualan mereka setelah Emma membuka loud speaker.

Adam Davin bertanya: U kat mana sekarang?

Emma: I on my way pergi PC (sidang media).

Adam Davin: Aiyooo!!! (dengan nada suara gentar)

Emma: Kalau u bank in duit I, takkan pergi PC tu (namun Emma sebenarnya sudah berada di PC itu).

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers