Lepas Tasha, Giliran Akmar Tinggalkan Ceria Popstar

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Lepas, Tasha, Giliran, Akmar, Tinggalkan, Ceria Popstar


Kuala Lumpur, 5 Jun 2013: Selepas Tasha tersingkir pada konsert minggu ketiga yang berlangsung pada 26 Mei yang lalu, seorang lagi peserta iaitu Akmar nampaknya turut mengikut jejak langkah yang sama.

Akmar menjadi peserta Ceria Popstar kedua yang tersingkir di dalam program ini biarpun dia telah memberikan sentuhan kreatif apabila mempersembahkan lagunya, '8 Hari Seminggu' dari Syuga.

Begitupun konsert minggu keempat program Ceria Popstar yang bersiaran pada hari Ahad, 2 Jun 2013 jam 11.30 pagi kali ini dilihat berbeza apabila penampilan dan gaya persembahan para peserta nyata berubah seiring dengan tema yang diketengahkan iaitu 'Ceria Rockstar'.

Yang mana kesemua tujuh Bintang Ceria Popstar dikehendaki menyanyikan lagu-lagu rock atau lagu-lagu yang telah diberi nafas rock.

Pentas Ceria Popstar dibuka oleh Hairul dan Leen yang menyanyikan lagu 'Ku Merindu' dari Ella. Diikuti oleh Razmil yang memberikan persembahan bertenaga melalui lagu 'Drama King' dari Meet Uncle Hussein.


Vision Mate membuatkan penonton dan juri tergamam apabila memberi nafas baru untuk lagu 'Itu Kamu' dari Estranged. Manakala, Trisya memberi gaya rock comel dengan menyanyikan lagu 'Price Tag' dari Jessie J.


Manakala Flower Queen pula membuktikan kebolehan vokal mereka melalui persembahan yang mantap dengan menyanyikan lagu 'Idola' dari Azlan & The Typewritter.


Pentas Ceria Popstar terus dihangatkan oleh Wafi yang berjaya memikat hati para juri dan penonton melalui gaya persembahannya apabila menyanyikan lagu 'Situasi' dari BUNKFACE.


Juri jemputan untuk minggu ini diterbangkan jauh dari Indonesia, penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Sayang' iaitu Shae. Bukan itu sahaja, Shae turut menghiburkan para penonton dengan membuat 2 persembahan istimewa apabila menyanyikan lagu 'Sayang' dan 'Telefon' dalam episod kali ini.

Jangan lupa untuk terus menyaksikan Ceria POPSTAR pada setiap hari Ahad bermula 5 Mei 2013, jam 11.30 pagi hanya di Astro Ceria (saluran 611). Untuk Kita Aje!

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers