Peluang Menjadi Bintang Di Ujibakat AF 2013 Pulau Pinang

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Peluang, menjadi, bintang, Di, Ujibakat, AF 2013, Pulau Pinang


KUALA LUMPUR, 6 JUN 2013: Mengikut sejarah sembilan tahun penyiaran Akademi Fantasia (AF), negeri Pulau Pinang pernah menghasilkan juara bagi program ini apabila Norsyarmilla binti Jirin ataupun lebih kita kenali sebagai Mila, muncul juara bagi AF musim kelima.

Inginkah anda menjadi seperti Mila yang popular dengan lagu seperti Persis Mutiara, Mila Bila Cinta dan Aku Lebih Tahu? Datanglah beramai-ramai ke ujibakat AF 2013 hujung minggu ini yang akan diadakan di Hotel Vistana, Pulau Pinang pada 8 & 9 Jun 2013.

Inilah peluang anda untuk menjadi bintang seterusnya mewarnai industri hiburan tanahair seperti mana yang dapat dilihat dari bintang-bintang AF yang kini masih menyinar dalam pelbagai cabang hiburan. Bukan sahaja dari Pulau Pinang, mereka-mereka yang berbakat dari negeri-negeri bahagian utara seperti Kedah, Perlis dan utara Perak jugak digalakan hadir untuk menunjukan bakat anda.

Pastikan anda berumur 18-35 tahun pada tarikh ujibakat diadakan dan anda boleh datang sebagai peserta solo atau pasangan duet. Anda boleh memilih untuk menyanyikan sebarang lagu secara acapella. Untuk memudahkan anda, boring penyertaan boleh didapati di laman www.akademifantasia.com.my

Berikut adalah tips-tips berguna untuk anda sekiranya anda berminat untuk menghadiri ujibakat AF 2013 di Pulau Pinang

i) Sila pilih lagu yang bersesuaian dengan vokal anda.
ii) Sediakan sekurang-kurangnya tiga buah lagu atau lebih dengan genre muzik yang berlainan.
iii) Anda tidak digalakkan untuk memilih atau menukar lagu selepas mendaftarkan diri di AF 2013 untuk mengelakkan dari masalah lupa lirik.
iv) Peralatan muzik seperti gitar dan alatan muzik yang lain tidak menjadi masalah jika ingin digunakan tetapi ini adalah sesi ujibakat nyanyian, sila fokus dengan vokal anda. Jika ada mempunyai masalah untuk fokus dengan nyanyian sambil bermain alatan muzik, lebih afdal jika anda fokus dengan nyanyian.
v) Kod pemakaian harus bersesuaian ketika menghadiri sesi ujibakat. Anggap seperti anda ingin menjalani sesi temuduga mencari kerja.
vi) Dilarang sama sekali memakai selipar.

Tips-tips berguna ini bagi memudahkan kepada mereka yang menghadir sesi ujibakat dapat berjalan dengan lancar untuk diberi peluang untuk ke peringkat yang seterusnya. Persiapan awal ketika menghadiri sesi ujibakat AF 2013 adalah markah bonus buat diri anda supaya para juri utama dapat menilai anda dengan mudah.

Kaunter pendaftaran akan dibuka dari pukul 9 pagi hingga 1 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.

Layari www.akademifantasia.com.my untuk sebarang maklumat lanjut tentang ujibakat AF 2013.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers