TELUK INTAN, 7 JUN 2013: Sekitar jam 3.30 petang tadi, bekas juara Akademi Fantasia 2 (AF2), Zahid atau nama sebenarnya Ahmad Zahid Baharuddin, 32, secara sahnya bergelar suami kepada pasangannya, Sarah Julifa Isa.
Majlis pernikahan telah diadakan di Masjid Daerah Sultan Idris Shah II, Teluk Intan. Zahid mula mengenali isterinya itu setahun lalu ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri menerusi laman sosial Twitter.
Dia pada mulanya langsung tidak mengetahui yang isterinya itu bekerja di bawah bumbung yang sama iaitu Astro.
Dalam satu kenyataan, Zahid memberitahu media yang dia memilih Sarah sebagai teman hidup kerana wanita itu telah berjaya membuat hidupnya kini lebih teratur dan ianya satu kualiti yang baik.
"Saya seorang yang ringkas dan tidak terlalu memandang serius pada sesetengah perkara dan kehadiran Sarah telah banyak mengubah diri saya supaya lebih berdisiplin terutama dalam soal masa dan pengurusan wang," kata penyampai radio Era ini lagi.
Khas buat anda, ini adalah sebahagian dari foto pernikahan Zahid dan Sarah di Teluk Intan, petang tadi.
Alhamdulillah, dah kahwin pun zahid AF ni, moga menjadi suami yang baik, bapa yang baik, dan insan yang baik. Amin! :3
ReplyDeleteya syukur dan tahniah kepada Zahid, semoga kebahagian berkekalan.
Delete