Shae Tidak Rasa Dimalukan Bobo Dengan Parodi Sayang!

KL, 28 MEI 2013: Penyanyi baru Indonesia yang kini semakin terkenal dengan lagunya yang berjudul Sayang, mengakui tidak terasa dimalukan dengan tindakan bakat Youtube tempatan, Bobo apabila memparodikan lagu tersebut dengan cara yang cukup gedik.

"Tidak... saya langsung tidak terasa pun dengan apa yang dilakukannya terhadap lagu Sayang di dalam Youtube tersebut, apatah lagi dimalukan. Malah, saya berasakan apa yang dilakukannya itu sangat lucu sekali dan saya rasa dia juga seorang yang lucu," kata Shae kepada murai.com.my.

Shae juga turut berasakan bahawa video parodi Bobo itu secara tidak langsung turut membantu mempopularkan lagunya (Sayang) itu secara lebih meluas lagi khususnya di negara ini.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Shae, Tidak, Rasa, Dimalukan, Bobo, Dengan, Parodi Sayang


"Ada yang kata tengok video Bobo itu dulu, baru tahu lagunya. Apapun, sekarang ini, Bobo sudah famous," kata Shae sambil tertawa.

Pun begitu, Shae mengakui bahawa setakat ini, dia memang sama sekali tidak pernah berjumpa dengan Bobo.

"Tapi, kalau bercakap dengan dia, memang sudah pernah. Waktu itu saya diwawancara radio Era kira-kira sebulan yang lalu. Dalam perbualan saya dengan Bobo, dia beritahu bahawa dia memang suka dengan lagu Sayang itu. Ada juga beberapa perkara lain yang dia cakap.

"Tapi, saya tak mampu kongsi kerana saya ianya ditujukan khsus buat saya dan saya rasa biarlah saya seorang yang menyimpannya," katanya.

Ketika dihubungi Shae sudah pun berada di dalam negara untuk menjayakan sebuah penggambaran telefilem. Namun, dia tidak dapat mengulas lanjut tentang projek telefilem tersebut. Namun, sejak lagu Sayang dipasarkan di Malaysia, dia sering berulang-alik ke negara ini dan nampaknya Malaysia sudah pun menjadi rumah keduanya.

Ketawa memdengar kenyataan itu, Shae bagaimanapun berkata, masih banyak yang perlu dipelajari mengenai negara ini. Namun saya bersyukur kerana peminat Malaysia suka dengan lagu saya. Bagi saya itu adalah satu kejayaan yang cukup besar.

"Malah ada yang sudah mengetahui siapa saya. Sebabnya, bila saya jalan-jalan, ada yang minta untuk mengambil foto dengan saya. Bila orang tahu dan kenal saya, bagi saya itu cukup menyenangkan," katanya lagi.



Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers