Kak Pah, Khaty Ibrahim, Uji Rashid Kongsi Pentas

KUALA LUMPUR, 27 MEI 2013: Julung kalinya dalam sejarah hiburan tanah air, penyanyi bertaraf lagenda iaitu Datuk Sharifah Aini, Dato' Khadijah Ibrahim dan Uji Rashid bakal berkongsi pentas yang sama dalam satu konsert amal, Malam Amal Bersama 3 Diva yang akan berlangsung di Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak, di sini pada 12 Jun ini.

Konsert yang dianjurkan oleh syarikat pengurusan acara Kaizen Asia Sdn Bhd itu diakan bagi mengumpul dana untuk Persatuan Ibu Tunggal Selangor.

Khadijah Ibrahim berkata dia amat teruja untuk bersama-sama dengan dua penyanyi lain yang juga sahabtanya itu untuk pertama kalinya disamping menghiburkan ahli-ahli persatuan tersebut.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Kak Pah, Sharifah Aini, Uji Rashid, Khaty Ibrahim, Kongsi, Pentas


"Sebenarnya kalau hendak diikutkan saya dengan datuk Sharifah Aini pernah menyanyi di pentas yang sama tetapi itu kira-kira 20 tahun lalu tapi tak sangka kali ini kami bergabung sekali lagi bersama seorang lagi rakan kami Uji Rashid.

"Jadi saya amat teruja sekali kali ini kerana kami akan merancang untuk mencari sebuah lagu yang mana kami bertiga boleh berduet bersama-sama," katanya kepada murai.com.my

Persembahan yang bakal berlangsung selama dua jam bermula jam 8 malam itu akan menyaksikan artis legenda berkenaan menyampaikan tujuh buah lagu dan persembahan duet.

Sementara itu, Datuk Sharifah Aini berkata, penglibatan artis berkenaan dalam persembahan itu diharap dapat membantu golongan ibu tunggal memperbaiki kehidupan mereka tanpa bergantung kepada orang lain.

"Setakat ini, kami masih berbincang lagu apakah yang sesuai untuk disampaikan pada malam itu tetapi apa yang penting usaha kami ini diharap dapat membantu golongan ibu tunggal yang memerlukan," jelasnya dalam sidang media yang diadakan

Dalam sidang media khas mengenai konsert tersebut, Uji Rashid tidak dapat hadir bersama.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Kaizen Cosmetic iaitu Suhaila Sharif berkata, pihak mereka amat berbesar hati kerana dapat menngumpul nama-nama besar untuk menarik minat pembeli meja bagi konsert tersebut.

"Pihak kami cukup bertuah kerana ketiga-tiga nama besar itu bersetuju untuk terlibat dalam malam amal itu dan menariknya ia merupakan kali pertama mereka digandingkan dalam sebuah persembahan bersama," jelasnya.

Tambah Suhaila, pemilihan tiga nama besar itu juga dibuat berdasarkan karisma dan gaya mereka selain mereka juga dekat dengan peminat terutamanya golongan ibu.

Pada majlis sama, Suhaila turut menyampaikan cek kepada persatuan kebajikan berkenaan berjumlah RM174,000 melalui pengerusinya, Murtini Kasman.

Dalam pada itu, Suhaila berkata, pihaknya juga menyasarkan kutipan sebanyak RM500,000 menerusi jualan 100 buah meja yang disediakan.

Malah pada hari tersebut, pihaknya turut menyediakan ruang untuk para ibu tunggal mengadakan pameran dan jualan untuk pengunjung bermula pukul 10 pagi.

Turut menyerikan persembahan pada malam itu nanti adalah Artis Komedi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2012), Didie Alias sebagai pengacara majlis bersama Acong (Sweet Child) dan Man (Raja Lawak).

Turut diadakan pertunjukan fesyen dan Ratu Kebaya oleh ibu-ibu tunggal.

Harga meja yang dijual serendah RM1,500 hingga RM10,500. Tempahan boleh dibuat di www.kaizen-asia.com atau menghubungi 03-6242-5104 atau 010-2454923.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers