Anugerah Lawak Warna Dianjurkan IB 16 Ogos Ini

Kuala Lumpur, 28 MEI 2013: Buat julung kalinya, Astro Warna bakal menganjurkan Anugerah Lawak Warna di Istana Budaya pada 16 Ogos nanti dan ianya ya akan turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam pakej Mustika.

Penganjuran anugerah tersebut dibuat untuk mengiktiraf dan menghargai usaha dan pencapaian cemerlang individu dan pihak produksi yang terlibat dalam bidang komedi sama ada di televisyen mahupun di layar perak.

Ketua Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani berkata, pihaknya percaya matlamat utama untuk memartabatkan yang terbaik daripada komedi Malaysia pada majlis Anugerah Lawak Warna ini bakal ditunggu-tunggu serta mampu mendapat sambutan hebat.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Anugerah Lawak Warna, Dianjurkan, IB, 16, Ogos, ini


"Kami juga percaya, acara ini dijangka akan mencetuskan sekali lagi fenomena di televisyen dengan memaparkan kelainan seperti pengisian acara, kategori yang dipertandingkan dan himpunan terbesar artis komedi yang ada di negara ini sama ada yang terbaru, mahupun para 'otai' yang kini sudah dianggap lagenda bidang lawak di Malaysia.

"Kami merasakan sudah tiba masanya artis dan karya komedi mendapat pengiktirafan yang setara dengan bidang seni lain, bersesuaian dengan usaha dan pengorbanan mereka selama ini," katanya kepada murai.com.my.

Menariknya, majlis anugerah ini bakal menggabungkan elemen kualiti dan populariti dalam pemilihan pemenang. Menerusi 20 kategori yang dipertandingkan, sebanyak 16 kategori bakal diadili menerusi sistem penjurian profesional manakala empat kategori berdasarkan pilihan peminat menerusi undian SMS.

Selain itu satu kategori anugerah khas juri bakal diberikan oleh jawatan kuasa penganjur kepada individu ataupun produksi yang telah memberikan sumbangan signifikan terhadap industri Televisyen & Filem Komedi.

Jelas Nizam Sani lagi, setiap penyertaan dijanjikan dengan ketelusan dalam penjurian yang akan dilakukan oleh barisan juri profesional yang dilantik. Pada sidang media ini juga, Astro Warna turut memperkenalkan Dato' AC Mizal sebagai pengacara siaran langsung Anugerah Lawak Warna.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers