Juara Kilauan Emas 3 Akhirnya Milik Mior

SHAH ALAM, 30 MEI 2013: Konsert Akhir Kilauan Emas 3 nyata menjadi kenangan bermakna buat peserta yang terkenal dengan tagline 'Rock Brader' Mior Yazid bin Ahmad, 44 tahun apabila dia diumumkan sebagai juara Kilauan Emas 3 (KE3), malam tadi.

Dengan menyampaikan dua buah lagu iaitu Sampai Disini ciptaan Sri Wirama Adnan Abu Hassan dan Aucu serta sebuah lagu berjudul Purnama dari kumpulan Search, Mior Berjaya membawa pulang hadiah berupa sebuah trofi Kilauan Emas musim ketiga, wang tunai bernilai RM50,000 dan sebuah kereta Nissan Livina X-Gear sumbangan Astro bernilai RM90,000.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Juara Kilauan Emas 3, Akhirnya, Milik, Mior


Tempat kedua dimenangi oleh Idris b. Mohd Shabidin, 51, yang membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta sebuah trofi manakala tempat ketiga pula menjadi milik Silahuddin b. Hj. Ali, 52, yang memenangi wang tunai RM15,000 beserta trofi.

Satu-satunya peserta wanita di pentas akhir, Alina bt. Hassan, 45, menduduki tempat keempat.

Menarik pada KE3 kali ini adalah tiga anugerah yang diberikan kepada para peserta seperti Anugerah 'Overacting' Terhebat yang dimenangi oleh Alina, Anugerah Personaliti Polident dirangkul oleh Ros atau Rosiah bt. Satiman dengan wang tunai RM10,000 dan Anugerah Khas Juri yang diberikan kepada Mior bersama wang tunai RM5,000.

Konsert Akhir Kilauan Emas 3 menyaksikan penampilan khas Datuk Shake atau Datuk Sheikh Abdullah Ahmad sebagai juri utama bergandingan dengan Ziana Zain dan Datuk Ramli Ms sebagai juri tetap.

Pelbagai kejutan yang tidak disangka berlaku turut berlaku di Kilauan Emas musim ketiga terutamanya rakan-rakan Idris dari pasukan tentera, kejutan kehadiran enam dari daripada tujuh anak Mior dan kanak-kanak istimewa iaitu Iki yang sentiasa dekat di hati pengacara utama Kilauan Emas musim ketiga iaitu Raja Azura atau Kak Engku.

Dengan pengumuman Mior sebagai juara pentas akhir Kilauan Emas musim ketiga maka berakhir sudah pencarian 'Otai Masih Berbisa' untuk kali ini. Terima kasih diucapkan kepada mereka yang tidak henti-henti menyokong dan menonton program Kilauan Emas sejak dari musim pertama serta penaja utama Polident sebagai penaja utama.

Kilauan Emas dibawakan oleh Polident dan Astro Prima (105) serta dihoskan oleh dua pengacara hebat Raja Azura dan Feeya Iskandar. Tinggi penghargaan dua juri tetap Ziana Zain dan Datuk Ramli MS dan dua tenaga pengajar Sri Wirama Adnan Abu Hassan dan Siti Hajar sebagai guru vokal.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers