Lisdawati Kesal Ada Pihak Eksploitasikan Isu Buka Tudung

KUALA LUMPUR, 28 MEI 2013: Setelah pihak Murai menjadi antara saluran pertama yang menyiarkan cerita tentang perubahan pada imej Lisdawati yang kini cuba mempraktikkan pemakaian tudung dan hijab dalam kehidupan sehariannya, media massa lain turut tidak ketinggalan menyiarkan cerita terbaru dramatis jelita ini.

Ketika ditemui Murai sewaktu menghadiri majlis Amazing Red Kebaya di The Weld, Lisdawati seakan kurang selesa bila ditanya mengenai perkembangan terbarunya yang kini cuba untuk memelihara auratnya itu.

Menurut Lisdawati, ini semua berpunca apabila maksud yang cuba disampaikannya pada awal kisah perubahan imejnya itu telah diputarbelitkan media. Banyak tajuk telah menampakkan dia seperti jahil mengenai agama kerana menggunakan alasan kerja untuk tidak melunaskan tuntutan menutup aurat. Sekaligus ia telah menyebabkan umum pula mempersoalkan peranan Fauzi sebagai suami.


Hiburan, Malaysia, Artis malaysia, Selebriti, Lisdawati, Kesal, Ada, Pihak, Eksploitasikan, isu, Buka, Tudung


"Sebab itu saya daripada awal tidak mahu mengulas mengenai imej terbaru saya kerana saya dah tahu hal ini akan menampakkan saya seperti tidak bersedia. Malah saya hairan kenapa ada media nak gunakan alasan saya buka tudung itu untuk dijadikan tajuk utama.

"Saya hanya akan berbuat demikian jika benar-benar perlu atau terpaksa. Saya juga dah cakap selagi watak itu membenarkan saya pakai tudung saya akan pakai juga. Ia sekadar memberitahu terlebih dahulu kerana bimbang di masa akan datang saya tiba-tiba tampil di kaca televisyen tidak mengenakan tutup kepada akan timbul pula cerita lain.

"Saya faham mereka nak jual berita tapi persepsi orang terhadap saya, nampak saya seperti tidak tahu langsung pasal hukum dan agama jika tajuk sedemikian yang umum baca. Mereka akan terus melihat dari sisi negatif dimana ia seolah-olah menampakkan saya gunakan alasan mencari rezeki untuk membuka tudung.

"Sepatutnya mereka bertanyakan sendiri dan datang daripada mulut saya sendiri, bukannya buat rumusan sendiri mengenai apa yang ingin saya sampaikan.

"Buat masa ini saya tidak lagi mahu bercakap mengenai hal ini, harapan saya agar niat utama saya untuk berubah kearah kebaikan dipermudahkan dan dimakbulkan Allah SWT, " jelasnya dalam nada kesal kerana ada pihak yang tidak sensitif dengan akibat yang perlu diterimanya berdasarkan tajuk berita yang memperlihatkan Lisdawati seperti tidak faham ilmu agama.

Individu lain pula dikaitkan dalam kisah penghijrahan Lisdawati ini yang sepatutnya mendapat sokongan daripada peminat dan masyarakat. Tidak terkecuali suaminya, Fauzi Nawawi turut mendapat tempias apabila salah pemahaman yang ingin disampaikan.

"Apabila saya dilihatkan menggunakan alasan itu untuk mencari rezeki, ada yang mempersoalkan mana perginya suami saya yang sepatutnya mencari rezeki. Sedikit sebanyak impak akan turut terkena pada Fauzi, walhal dia telah memberi sokongan penuh pada perubahan saya.

"Tetapi bukan itu yang ingin saya sampaikan kepada peminat saya. Perubahan yang sepatutnya dilihat dari sudut positif tetapi kerana salah pemahaman telah menjadi sebaliknya,"ucapnya lagi dan meminta supaya media tidak lagi memainkan isu tudung ini kerana bimbang bermacam lagi cerita yang akan keluar bertentangan dengan niat sebenar Lisdawati itu.

Lisdawati atau nama sebenarnya, Nisdawati Nazaruddin ditemui pada acara fesyen anjuran pusat membeli belah The Weld, Amazing Red Kebaya tampil dengan kebaya moden rekaan Hazwani Osman lengkap berhijab bersama selebriti undangan yang lain.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers