TERBARU!!! Singapura setuju lanjut penangguhan RTS hingga 31 Julai. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #SINGAPURA #MKN #KKM

TERBARU!!! Singapura setuju lanjut penangguhan RTS hingga 31 Julai. Singapura bersetuju untuk terus melanjutkan penangguhan projek Sistem Transit Aliran Ringan Johor Bahru-Singapura (RTS) sehingga 31 Julai, 2020.

TERBARU!!! Singapura setuju lanjut penangguhan RTS hingga 31 Julai. Singapura bersetuju untuk terus melanjutkan penangguhan projek Sistem Transit Aliran Ringan Johor Bahru-Singapura (RTS) sehingga 31 Julai, 2020.


Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata atas permintaan Malaysia, “kita telah bersetuju untuk melanjutkan lagi penangguhan untuk kali ketiga dan terakhir.”

Beliau berkata, projek RTS itu telah ditangguhkan sejak 1 April, 2019 bagi membolehkan Malaysia meneliti semula projek berkenaan serta mengemukakan cadangan untuk dipertimbangkan oleh Singapura.

“Perbincangan dua hala mengenai cadangan Malaysia itu aktif dijalankan sejak berbulan lamanya. Kelancaran itu bagaimana pun telah dijejaskan oleh pelbagai perkembangan, termasuk perubahan kerajaan di Malaysia.

“Ini disukarkan lagi dengan berlakunya (penularan) COVID-19,” katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebook beliau hari ini.

Mengulas selanjutnya, Khaw berkata memandangkan ini merupakan tempoh lanjutan terakhir, beliau telah meminta pihak terbabit - Kementerian Pengangkutan, Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat dan SMRT Corp untuk segera bekerjasama dengan rakan di Malaysia bagi memuktamadkan perbincangan dengan lebih pantas.

“Mujurlah, kita ada teknologi untuk terus berbincang dan berunding walaupun tidak sama seperti perbincangan secara bersemuka. Namun ini tidak dapat dielakkan kerana sekarang bukanlah tempoh biasa!”

Khaw juga berharap untuk bersama rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong bagi menyaksikan “pemeteraian tiga perjanjian yang akan membolehkan Projek RTS itu dimulakan.”

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Kementerian Pengangkutan republik itu berkata salah satu daripada tiga perjanjian itu merujuk kepada Perjanjian Dua Hala RTS Link antara kedua-dua negara terbabit.

Dua dokumen lain membabitkan Perjanjian Usaha Sama antara SMRT Corp Singapura dan Prasarana Malaysia Bhd bagi mewujudkan syarikat usaha sama operasi atau OpCo serta Perjanjian Konsesi dua negara berkenaan untuk melantik OpCo itu sebagai operator RTS Link.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers