TERBARU!!! Aswara dijangka hantar pulang pelajar dari Sabah, Sarawak selasa ini. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM
TERBARU!!! Aswara dijangka hantar pulang pelajar dari Sabah, Sarawak selasa ini. Proses penghantaran pulang pelajar Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) yang berasal dari Sabah dan Sarawak dijangka bermula Selasa ini, kata Rektornya Prof Madya Dr Sahar Sa'di Hashim.
Bagaimanapun, katanya kelancaran proses tersebut yang merupakan fasa ketiga bergantung kepada jadual tiket penerbangan pelajar berkenaan.
Menurutnya, bagi proses penghantaran pulang pelajar fasa dua hari ini, tiga pelajar Aswara berlepas ke kampung halaman mereka di Kuching, Sarawak pada 8.15 pagi tadi.
“Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong telah mendapatkan bantuan penuh tiket penerbangan dari kerajaan Sarawak bagi penghantaran tiga pelajar tersebut.
“Kesemua pelajar mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini
Menerusi fasa satu, Aswara menghantar pulang 54 pelajar akademi itu ke kampung halaman masing-masing iaitu di zon utara, selatan, tengah dan timur serta Perak pada 30 April lepas.
Penghantaran pulang pelajar yang masih di kampus ke rumah masing-masing merupakan kelonggaran yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi perutusan khasnya baru-baru ini.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.