KETEGAQ DADIH!!! Ingkar PKP: Nurulhidayah Zahid, suami akan didakwa dalam masa terdekat. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

KETEGAQ DADIH!!! Ingkar PKP: Nurulhidayah Zahid, suami akan didakwa dalam masa terdekat. Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff dijangka didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat berhubung dakwaan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

KETEGAQ DADIH!!! Ingkar PKP: Nurulhidayah Zahid, suami akan didakwa dalam masa terdekat. Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff dijangka didakwa di mahkamah dalam tempoh terdekat berhubung dakwaan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata pendakwaan terhadap kedua-dua individu itu selepas mendapat arahan daripada Pejabat Peguam Negara.

“Kedua-dua mereka diambil keterangan pada 24 April lepas. Kertas siasatan dirujuk ke pejabat Peguam Negara dan telah mendapat arahan untuk menuduh di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

“Pertuduhan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata sebelum ini, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa dan Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 kerana melakukan pergerakan tanpa kebenaran terhadap kedua-dua individu itu.

Huzir turut menasihati orang ramai supaya tidak cuba menimbulkan kegusaran dan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat seolah-olah polis tidak mengambil tindakan ke atas dakwaan pelanggaran PKP.

Tegasnya, tiada individu yang akan terlepas daripada sebarang tindakan sekiranya didapati sengaja melanggar undang-undang negara.

Nurulhidayah, 41, sebelum ini memuat naik beberapa gambarnya bersama suami melawat dua orang kenamaan di laman Instagramnya ketika kerajaan melaksanakan PKP bagi mencegah pandemik COVID-19.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers