aRAhAN!!! Hotel di P.Pinang perlu patuh SOP apabila kembali beroperasi minggu depan - MAH.#PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

aRAhAN!!! Hotel di P.Pinang perlu patuh SOP apabila kembali beroperasi minggu depan - MAH.Persatuan Hotel Malaysia (MAH) meminta pengendali hotel supaya mematuhi syarat dan Prosedur Operasi Srandard (SOP) yag ditetapkan oleh pihak berkuasa apabila ia kembali beroperasi minggu depan.

aRAhAN!!! Hotel di P.Pinang perlu patuh SOP apabila kembali beroperasi minggu depan - MAH.Persatuan Hotel Malaysia (MAH) meminta pengendali hotel supaya mematuhi syarat dan Prosedur Operasi Srandard (SOP) yag ditetapkan oleh pihak berkuasa apabila ia kembali beroperasi minggu depan.


Pengerusi MAH Pulau Pinang Khoo Boo Lim berkata beliau difahamkan banyak hotel sudah mula membersihkan dan melaksanakan operasi nyah kuman di premis masing-masing selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan keputusan kerajaan membuka semula beberapa sektor ekonomi dengan SOP kesihatan yang ketat, mulai Isnin.

Beliau berkata ada antara hotel yang sudah mula memanggil para pekerjanya yang diberi cuti sementara sebelum ini, untuk kembali bertugas bagi membantu membersihkan premis hotel, namun beliau tidak menyatakan berapa banyak hotel yang akan kembali beropersi minggu depan.

Menurutnya kebanyakan hotel ini hanya dibenarkan menyediakan penginapan serta kemudahan makan dan minum sahaja, manakala kolam renang dan bilik gimnasium masih ditutup.

"Kita tidak boleh mula operasi dan terus adakan parti hari lahir di hotel contohnya… hotel yang mula beroperasi minggu depan tidak dibenarkan menganjurkan sebarang majlis keraian," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata hotel yang mula beroperasi minggu depan mungkin hanya menyediakan kemudahan buat keperluan pihak korporat atau kerajaan sahaja,” katanya.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers