TERBARU!!! Kaunter Khidmat Pelanggan Air Selangor kembali dibuka Isnin ini. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM
TERBARU!!! Kaunter Khidmat Pelanggan Air Selangor kembali dibuka Isnin ini. Semua kaunter Khidmat Pelanggan Air Selangor kembali dibuka pada 4 Mei ini dengan waktu operasi bermula 9 pagi hingga 4 petang, Isnin hingga Jumaat sepanjang bulan Ramadan.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata pihaknya sudah bersedia dengan langkah pencegahan penularan COVID-19 termasuk memastikan jarak sosial, saringan suhu badan pelanggan dan penyediaan pensanitasi tangan.
“Air Selangor juga memberi jaminan hanya kakitangan yang sihat sahaja dibenarkan bertugas dan berurusan dengan pelanggan selain memastikan mereka memakai penutup hidung dan mulut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata Air Selangor juga menyediakan kemudahan 'drop box’ bagi penyerahan dokumen dan cek di kaunter khidmat pelanggan.
Bagi mengelak kesesakan dan mengurangkan kontak rapat antara pelanggan dan petugas, Air Selangor mengalakkan pelanggan membuat pembayaran secara dalam talian melalui Jompay (Biller Code: 4200), aplikasi Air Selangor yang dimuat turun di App Store atau Google Play Store, portal Perkhidmatan Pelanggan Air Selangor atau ejen kutipan berdaftar Air Selangor.
“Perkhidmatan selain pembayaran, seperti permohonan pertukaran hak milik, pelanggan digalakkan untuk mengimbas borang permohonan dan menghantar borang tersebut melalui e-mel di wecare@airselangor.com.,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selaras dengan kebenaran beroperasi bagi sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial, mulai Isnin ini.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.