PATUH!!! PKPD Selayang Baru: Kadar pematuhan hampir 100 peratus - Polis. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

PATUH!!! PKPD Selayang Baru: Kadar pematuhan hampir 100 peratus - Polis. Kadar pematuhan penduduk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Selayang Baru berada pada tahap hampir 100 peratus sejak dilaksanakan pada 25 April lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe  berkata setakat ini pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung dua lelaki warga Myanmar yang cuba meloloskan diri daripada kawasan PKPD itu.

“Sehingga hari ini, kita berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan penduduk dalam pelaksanaan PKPD di kawasan ini,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini, hari ini.

Beliau berkata meskipun perintah itu akan berakhir esok, kawalan keselamatan di kawasan itu akan terus ditingkatkan, dan selain rondaan biasa, polis juga menggunakan khidmat dron dan Unit Anjing Pengesan (K9) bagi mengesan sebarang aktiviti jenayah di kawasan berkenaan.

Sementara itu, tinjauan Bernama di sekitar Selayang Baru mendapati kawasan itu masih lengang dan hanya kenderaan pihak berkuasa dibenarkan untuk keluar masuk.

Comments

Recent Posts Widget

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers