alHAMDULILLAH!!! PKP: 122 pelajar tajaan Yayasan Sabah tiba di Sabah. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM
alHAMDULILLAH!!! PKP: 122 pelajar tajaan Yayasan Sabah tiba di Sabah. Seramai 122 pelajar sekolah menengah tajaan Yayasan Sabah di Semenanjung dan Sarawak selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini hari ini.
Pengarahnya Yayasan Sabah, Datuk Jamalul Kiram Mohd Zakaria berkata 85 pelajar berkenaan bersekolah di Semenanjung dan 37 lagi di Sarawak
“Penerbangan pesawat khas membawa kesemua pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima itu adalah ditaja sepenuhnya oleh Yayasan Sabah.
“Kesemua pelajar ini akan dibawa ke asrama University College Sabah Foundation (UCSF) untuk menjalani saringan daripada pihak kesihatan,” katanya kepada pemberita selepas menyambut ketibaan pelajar berkenaan pada jam 1.17 tengah hari, di sini, hari ini.
Turut hadir, Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob.
Mengulas lanjut, Jamalul Kiram, berkata berikutan kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini, kesemua pelajar berkenaan dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, namun perlu menjalani kuarantin di rumah selama tempoh 14 hari, selepas menjalani saringan pihak kesihatan hari ini.
“Pelajar yang berasal barhampiran dengan Kota Kinabalu mungkin boleh balik ke rumah masing-masing hari ini, selepas menjalani saringan kesihatan, namun bagi mereka yang tinggal jauh seperti di Kudat, Tawau dan Sandakan akan di hantar esok memandangkan masa yang agak singkat,” katanya.
Mohd Shafie berkata pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari Sabah, yang menuntut di Sarawak dan Semenanjung Malaysia, termasuk penuntut di bawah tajaan biasiswa Yayasan Sabah yang pulang ke negeri ini, dikecualikan daripada dikuarantin di pusat yang disediakan.
Diminta mengulas mengenai keadaaan pelajar tajaan Yayasan Sabah yang berada di Mesir, Jamalul Kiram berkata 40 pelajar berkenaan berada dalam keadaan baik dan terjaga.
“Ada pegawai kita menjaga mereka di sana…kita ada asrama bagi pelajar kita sendiri dan hampir setiap hari pegawai di sana akan memaklumkan keadaan kesemua pelajar berkenaan,” katanya.
Pada masa ini mereka sedang menjalani peperiksaan dan keadaan di sana juga terkawal, katanya.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.