alHAMDULILLAH!!! Fama N. Sembilan bantu petani tebu pasarkan hasil dalam tempoh PKP. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM
alHAMDULILLAH!!! Fama N. Sembilan bantu petani tebu pasarkan hasil dalam tempoh PKP. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Negeri Sembilan telah membeli sebanyak 11,190 batang tebu bernilai RM17,803 daripada 24 petani yang mengusahakan tanaman tebu di sini, dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 22 April hingga 30 April lepas.
Pembelian itu bagi membantu petani tanaman tebu di negeri ini dalam memasarkan lebihan hasil tebu mereka disebabkan tiada penganjuran bazar Ramadan dan ia (tebu) tidak dapat dieksport ke Singapura.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan l Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata Fama Negeri Sembilan telah mengambil inisiatif untuk memproses tebu segar yang dibeli ini menjadi jus tebu manis dan ia sekaligus bagi memastikan rantaian pemasaran hasil tebu tidak terputus.
“Petani tanaman tebu yang terkesan sejak pelaksanaan PKP di seluruh Negeri Sembilan adalah seramai 36 orang melibatkan keluasan tanaman berjumlah 64 hektar dan daripada jumlah itu 28 orang adalah dari daerah Jelebu, Seremban seramai tiga orang, masing-masing dua orang dari Kuala Pilah dan Rembau serta seorang dari Tampin.
“Sejak 22 April lepas hingga 30 April, seramai 24 orang petani telah menandatangani perjanjian jual beli dengan Fama melibatkan nilai pembelian sebanyak RM17,803. Selebihnya seramai 12 pengusaha tanaman tebu lagi akan dibuat (menandatangani perjanjian jual beli) secara berperingkat dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita dalam lawatan kerjanya ke daerah Jelebu di sini, hari ini.
Ahmad berkata dua pengusaha pusat memproses tebu telah dilantik iaitu Sweetcane Enterprise di Simpang Durian, Jelebu dan Charmecanne Enterprise di Selangor bagi memproses tebu-tebu berkenaan.
“Dalam tempoh 22 April hingga 30 April lepas, pengusaha yang dilantik telah memproses dan menghasilkan 20,000 botol air tebu yang diedarkan ke pusat Operasi Fama seluruh negara sejak 28 April lepas,” katanya.
Dalam lawatan kerjanya itu, Ahmad turut melawat Stesen Mardi Simpang Durian, Pusat Memproses Tebu Sweetcane Enterprise dan Pusat Kelompok Padi Skim Triang Hilir di sini.
-- BERNAMA

Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.