TERBARU!!! COVID-19: 105 kes baharu dicatat, tiada kematian - KP Kesihatan. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

TERBARU!!! COVID-19: 105 kes baharu dicatat, tiada kematian - KP Kesihatan. Kes baharu positif COVID-19 kembali catat tiga angka dengan 105 kes baharu direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara setakat ini ialah 6,176 kes.

TERBARU!!! COVID-19: 105 kes baharu dicatat, tiada kematian - KP Kesihatan. Kes baharu positif COVID-19 kembali catat tiga angka dengan 105 kes baharu direkodkan setakat pukul 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara setakat ini ialah 6,176 kes.


Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, 11 adalah kes import manakala 94 lagi merupakan kes penularan tempatan.

“Sebanyak 60 kes telah dikesan dari lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Seramai 31 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 12 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini, hari ini

Beliau berkata jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,747 kes.

Dalam pada itu Dr Noor Hisham berkata tiada kes kematian direkodkan setakat ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 103 kes (1.67 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes.

Menurutnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah membantu usaha kerajaan bagi meratakan lengkung COVID-19.

“Sebanyak 607 kes positif COVID-19 dikesan daripada 29,067 kes yang telah disaring (2.1 peratus). Kedua, pengesanan kluster perhimpunan di Seri Petaling, di mana 2,220 kes positif COVID-19 dikesan daripada 34,503 kes yang telah disampel (6.4 peratus).

“Ketiga ialah pengesanan pelajar dan kakitangan madrasah serta tahfiz yang berkaitan dengan perhimpunan di Seri Petaling di mana sebanyak 378 kes positif COVID-19 dikesan daripada 8,030 kes yang telah disampel (4.7 peratus),” katanya.

 Seterusnya, jelas Dr Noor Hisham, bagi penyaringan serta penempatan di pusat kuarantin buat rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara sejak 3 April lepas, 274 kes positif COVID-19 telah dikesan daripada 26,169 orang yang telah dikuarantin (1.05 peratus).

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata trend kes-kes positif COVID-19 harian sejak kebelakangan ini menunjukkan peningkatan kes import serta kes yang dikesan dari lokaliti PKPD.

Namun jelasnya, masyarakat tidak perlu khuatir mengenai peningkatan kes khususnya kes import kerana mereka telah diasingkan lebih awal bagi proses saringan. 

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata aktiviti survelan klinikal, antaranya persampelan pesakit ‘Influenza Like Illness’ (ILI) dan pesakit ‘Severe Acute Respiratory Infection’ (SARI) di semua hospital Kementerian Kesihatan (KKM) telah dilaksanakan bagi mencegah penularan COVID-19 bagi masyarakat setempat.

“Sehingga semalam (1 Mei), sebanyak 7,880 saringan COVID-19 dalam aktiviti survelan klinikal telah dijalankan di mana 12 kes dikesan daripada ILI (0.81 peratus) dan 54 kes dikesan daripada SARI (0.84 peratus).

“Saringan COVID-19 juga dilakukan kepada semua pesakit sebelum pembedahan kecemasan dan separa kecemasan di hospital KKM di mana hanya lima kes yang dikesan positif COVID-19 daripada 5,435 pesakit yang disaring bagi tempoh yang sama (sehingga 1 Mei),” katanya

-- BERNAMA 

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers