TERBARU!!! Lelaki OKU dikhuatiri hilang di ladang kelapa sawit. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

TERBARU!!! Lelaki OKU dikhuatiri hilang di ladang kelapa sawit. Seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah mental dikhuatiri hilang di ladang kelapa sawit di Kampung Panchur Merah di sini sejak petang semalam.

TERBARU!!! Lelaki OKU dikhuatiri hilang di ladang kelapa sawit. Seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah mental dikhuatiri hilang di ladang kelapa sawit di Kampung Panchur Merah di sini sejak petang semalam.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu Zull Azman Jamaludin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.25 petang tadi dan seramai enam anggota bersama dua kenderaan dikerah ke lokasi kejadian.

Mohd Syukri Awang, 41, dikatakan keluar rumah pada 4 petang semalam dan kehilangan mangsa disedari ibunya apabila dia tidak pulang ke rumah sehingga hari ini.

“Berdasarkan maklumat yang kita terima, mangsa kali terakhir dilihat orang awam berada berdekatan dengan sungai di kawasan ladang kelapa sawit berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Zull Azman berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan Mohd Syukri mungkin bergerak ke arah kaki Gunung Tebu ekoran jaraknya yang tidak jauh dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

Setakat petang tadi, pihak bomba dan polis serta orang awam hanya melakukan pencarian di sekitar ladang kelapa sawit dan jalan utama, katanya.

 Operasi pencarian tidak dapat dilakukan secara menyeluruh pada hari ini ekoran waktu malam dan faktor keselamatan pasukan penyelamat.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers