TERBARU!!! PKP: Melaka kumpul data sektor perhotelan terjejas. #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia #MKN #KKM

TERBARU!!! PKP: Melaka kumpul data sektor perhotelan terjejas. Kerajaan negeri Melaka sedang mengumpul data mengenai industri pelancongan khususnya sektor perhotelan yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19, sejak 18 Mac lalu.

TERBARU!!! PKP: Melaka kumpul data sektor perhotelan terjejas. Kerajaan negeri Melaka sedang mengumpul data mengenai industri pelancongan khususnya sektor perhotelan yang terjejas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19, sejak 18 Mac lalu.


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhamad Jailani Khamis berkata langkah itu bertujuan melihat inisiatif atau bantuan yang boleh diberikan kepada pemain industri pelancongan Melaka sekali gus memastikan sektor itu dapat dibangunkan semula lebih mapan.

"Data itu juga kita simpan terutama melibatkan pekerja yang terjejas atau diberhentikan yang mana sekiranya ada ruang dan peluang pekerjaan, mereka akan diberi keutamaan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan 800 pek barangan harian kepada penduduk di Japerun Rembia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai penutupan beberapa hotel di Melaka termasuk hotel bertaraf lima bintang, Hotel Ramada Plaza Melaka yang telah beroperasi hampir 40 tahun.

Muhamad Jailani berkata kerajaan negeri mempunyai beberapa perancangan jangka pendek dan panjang bagi membantu pengusaha sektor perhotelan yang terjejas seperti memberi pengecualian cukai tertentu tetapi keputusan itu masih masih dalam pertimbangan dan belum diputuskan.

"Kita menerima permohonan daripada pihak perhotelan untuk mempertimbangkan pengecualian sebarang cukai termasuk caj warisan dan pelancongan yang dikenakan pihak hotel negeri ini namun mereka harus ingat cukai tersebut adalah hasil negeri dan negara yang bertujuan membantu rakyat secara keseluruhan,” katanya.

-- BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers