Jerebu: Indonesia beri masa tiga minggu

Jerebu: Indonesia beri masa tiga minggu
Jakarta masih berdegil dan enggan menerima bantuan negara luar untuk memadam kebakaran yang menjadi punca jerebu

Indonesia akan mempertimbangkan menerima bantuan negara jiran sekiranya masalah jerebu berterusan sehingga tiga minggu lagi.

Duta Besar Indonesia di Malaysia Herman Prayitno berkata, setakat ini Indonesia masih berpendirian mampu menyelesaikan masalah itu sendiri dan sekiranya bantuan dari negara jiran diperlukan, ia akan diselaraskan melalui sekretariat ASEAN.

“Indonesia hendak berusaha sendiri terlebih dahulu, pastinya kalau kita tunggu dua atau tiga minggu lagi tidak selesai (masalah jerebu), saya kira tentu kita akan koordinasikan bantuan (dari negara jiran) melalui ASEAN,”katanya kepada pra pemberita selepas menghadiri Majlis Pembukaan Mesyuarat Majlis Komuniti Sosio Budaya ASEAN (ASCC) ke-14.

Baru-baru ini Singapura menyatakan hasrat untuk membantu Indonesia mengatasi masalah jerebu namun ia ditolak republik itu.

Herman juga berkata setiap hari Kedutaan Indonesia melaporkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Malaysia kepada kerajaan Indonesia dan pemimpin di sana melahirkan rasa prihatin mereka atas keadaan jerebu di sini.

Sebelum ini, Presiden Indonesia Joko Widodo berkata republik itu memerlukan tempoh tiga tahun untuk menangani kegiatan pembakaran ladang dan hutan sekali gus menyelesaikan masalah jerebu yang melanda negara jiran mereka.

Herman berkata beberapa langkah telah diambil kerajaan Indonesia dalammenyelesaikan masalah jerebu yang sehingga kini menyebabkan 30,000 rakyatnya mengalami gangguan pernafasan, antaranya dengan membina terusan pengaliran air parit dan longkang di Kalimantan Tengah.

Sehingga kini, 30 syarikat perladangan yang disyaki terlibat dalam pembakaran hutan di Kalimantan sedang disiasat dan lesen mereka akan digantung sekiranya disabit kesalahan, katanya.

Namun, Herman enggan mendedahkan sama ada syarikat tersebut merupakan syarikat tempatan (Indonesia) atau luar negara.

Terdahulu, Indonesia telah mengambil tindakan terhadap empat syarikat kerana menjadi punca kebakaran hutan di negara itu sehingga menyebabkan sebahagian Asia Tenggara diseliputi jerebu yang teruk.

– BERNAMA

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers