Mohd Ali diminta memberi penjelasan berhubung kenyataan Melaka Raya tidak selamat susulan rancangannya untuk mengadakan Gerakan Merah 10 Oktober ini |
Polis akan memanggil Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju untuk memberikan keterangan berhubung amarannya bahawa Melaka Raya tidak akan selamat pada 10 Oktober ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan mendapatkan penjelasan daripada Mohd Ali berkenaan perkara itu.
“Kita akan panggil dia (Mohd Ali) untuk jelaskan apa maksud dia tidak selamat tu,” katanya secara ringkas menerusi aplikasi Whatsapp kepada FMT.
Dalam sidang media pada Rabu, Mohd Ali menjelaskan satu perhimpunan anjuran Gerakan Merah akan diadakan di Melaka Raya pada Sabtu ini.
Dia mendakwa tindakan itu dibuat bagi menuntut keadilan ke atas pegawai dan kakitangan Imigresen yang dipukul oleh gengster Cina dalam kejadian baru-baru ini.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.