Ali Tinju ancam demo di Melaka

Ali Tinju ancam demo di Melaka
Beri amaran kawasan Melaka Raya tidak akan selamat dan menjangka 10,000 akan menyertainya pada 10 Oktober ini.

Penganjur Gerakan Merah akan mengadakan perhimpunan di Melaka Raya pada 10 Oktober ini.

Kenyataan itu dibuat Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju.

Dia mendakwa tindakan itu dibuat bagi menuntut keadilan ke atas pegawai dan kakitangan Imigresen yang dipukul oleh gengster Cina.

“Melaka Raya tidak akan selamat pada hari itu. Ini isyarat saya,” Katanya pada sidang media di ibu negara pada Rabu.

Ali berkata, keadaan tidak selamat yang dimasudkannya bukan menjurus kepada kekecohan sebaliknya, lebih kepada tahap keselamatan pada hari kejadian.

“Tidak selamat ini bukan berlaku kekecohan, mungkin akan berlaku kemalangan, bukan bermaksud tidak selamat itu berperang.

“Kita minta pihak polis membuat pemantauan di sekitar Melaka Raya,” katanya.

Mengulas lanjut Ali menjelaskan, perhimpunan berkenaan bukan bertujuan untuk melakukan huru-hara tetapi sekadar mahu mendesak pihak berkuasa bertindak terhadap gengster Cina dan mengenakan mereka dengan hukuman setimpal.

“Gerakan Merah tidak perlu permit, sebab kita tidak buat kacau, tetapi turun ke sana untuk jalan-jalan makan angin.

“Kita mahu mendesak supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap gengster Cina. Bukan saya anti Cina tetapi anti gengster Cina.Saya mahu mereka didakwa dan dihukum dengan berat kerana kita tidak mahu gengster Cina ini keras kepala,” katanya.

Dijangka lebih 10,000 peserta Gerakan Merah seluruh negara akan turun ke Melaka Raya untuk menuntut keadilan.


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers