Perbuatan menghalang siasatan 1MDB dianggap menderhaka kepada titah Raja-Raja Melayu yang mahu skandal itu diselesaikan segera |
Mana-mana pihak yang cuba campur tangan dengan niat menghalang ketelusan siasatan terhadap syarikat milik penuh negara,1MDB, dianggap derhaka kepada titah Raja-Raja Melayu.
Perkara itu ditegaskan gabungan Pakatan Harapan yang menyokong gesaan Raja-Raja Melayu supaya isu 1MDB diselesaikan dengan segera.
“Pakatan Harapan menyeru supaya semua institusi awam dan agensi penguatkuasaan di negara ini memainkan peranan dengan sebebas mungkin supaya kemelut 1MDB dapat diselesaikan segera seperti yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja-Raja Melayu,” kata Pakatan Harapan.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah).
Pakatan Harapan berkata, pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lagi boleh melengah-lengahkan keputusan-keputusan yang penting mengenai 1MDB kerana kelewatan akan membawa kesan buruk kepada ekonomi negara.
Pada masa sama, Pakatan Harapan juga menyokong gesaan Raja-Raja Melayu supaya rakyat negara ini mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum.
“Titah ini adalah tepat mengambil kira pelbagai kejadian mutakhir ini yang seolah-olah cuba melagakan-lagakan antara kaum.
“Pakatan Harapan akan terus memainkan peranan menemukan rakyat pelbagai kaum, agama dan latar belakang untuk memupuk budaya saling memahami bagi mengendurkan keadaan jika ada percubaan untuk menimbulkan ketegangan kaum dan agama,” katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.