Raja Azmi Berbulan Madu & Bawa Famili Bercuti Di Melaka Lebaran Ini
Raja Azmi berbulan madu & bawa famili bercuti di Melaka lebaran ini dan dalam waktu yang sama mereka turut beraya di kampung suami di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
KL, 1 OGOS 2014: Tahun ini merupakan tahun pertama produser filem dan penulis novel, Raja Azmi Raja Sulaiman beraya bersama suami barunya iaitu Eddie CRK atau Mohd Eddie Ghazali setelah mereka mendirikan rumahtangga pada akhir tahun lalu.
Tidak mempunyai rencana yang khusus pada Syawal ini, Raja Azmi yang berasal daripada Perak ini memberitahu bahawa dia telah membawa keluarganya bercuti di Melaka dan dalam waktu yang sama mereka turut beraya di kampung suami di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Dia memberitahu bahawa dia menanti Syawal ini untuk mengumpulkan semua anak-beranak untuk bersama-sama bercuti dan dia memilih A-Famosa Resort iaitu pusat percutian di negeri Melaka untuk merehatkan minda sempena cuti Syawal.
“Saya memang tiada rancangan khusus untuk beraya di mana sebab selalunya memang waktu raya itulah masa untuk berehat. Tetapi jika ada yang datang beraya, rumah saya sentiasa terbuka cuma tak tahu ada atau tidak di rumah ketika itu.
“Tahun ini saya ada usulkan nak bercuti dengan keluarga di A-Famosa Resort, Melaka. Sudah lama rasanya tidak bercuti bersama keluarga beramai-ramai. Lagipun saya dan Eddie pun belum berkesempatan untuk berbulan madu.
“Inilah waktunya nak menghimpunkan seluruh keluarga saya serta bercuti bulan madu bersama Eddie untuk mengeratkan silaturrahim. Malah kami juga turut singgah ke Kuala Pilah untuk beraya dengan keluarga Eddie yang banyak tinggal di sana,”jelas Raja Azmi kepada portal Murai.
Dalam perkembangan lain, Raja Azmi telah pun melancarkan koleksi Fil Hijab Raja Azmi For Variante serta novel terbarunya Karkuma yang sudah pun berada di pasaran.
Trivia
Produser filem … Dalam Botol ini telah bergelar isteri kepada gitaris kumpulan CRK iaitu Mohd Eddie Ghazali dengan sekali lafaz dalam satu majlis akad nikah beserta resespi yang diadakan di Laman Beringin, Istana Budaya pada 13 Oktober 2013 lalu.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.